UNDANG-UNDANG PENTING UNTUK ‘MENGIKAT’ TINGKAH LAKU MANUSIA!!! JIKA GOLONGAN ISLAM LIBERAL MAHU MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN INDIVIDU, MENGAPA MAHU HIDUP BERMASYARAKAT DI MALAYSIA?

 


Liberalisme merupakan satu ideologi yang merangkumi kepercayaan terhadap demokrasi pilihanraya, hak-hak sivil, kesetaraan jantina, kemajuan manusia dan penghapusan hierarki sosial pra-kemodenan.


John Stuart Mill, salah seorang pemikir liberal terpenting menggariskan beberapa kaedah asas dalam pemikiran liberalisme berkenaan hubungan individu dan masyarakat. antaranya adalah:

i. Segala tindakan yang dilakukan oleh individu adalah hak individu dan tidak perlu dipertanggungjawabkan dalam masyarakat;


ii. Masyarakat hanya boleh memberi nasihat, tunjuk ajar , memujuk dan menjauhkan diri daripada individu tersebut jika mereka tidak selesa atau tidak setuju dengan perbuatannya;


iii. Jika tindakan individu memberi kesan kepada kemaslahatan pihak lain, maka individu tersebut boleh dikenakan hukuman undang-undang atau sosial jika masyarakat merasa adanya keperluan ke arah itu;


iv. Pada asasnya, sebarang permasalahan yang menimpa orang lain akibat tindakan seseorang individu, tidaklah mesti masyarakat campur tangan terhadap urusan individu tersebut. Hal ini kerana, tindakan seorang individu untuk mencapai sebarang objektif akan memberi kesan negataif kepada orang lain.


Kesimpulannya, pemikiran liberal memberi penekanan yang mendalam terhadap kebebasan individu, sikap keterbukaan, meraikan kepelbagaian dan dalam masa yang sama menekankan konsep kesetaraan dan kesaksamaan.


Fikirkan, jika tidak ada undang-undang yang mengikat masyarakat, maka apa akan terjadi kepada keharmonian dan ketenteraman dalam negara? Jika hendak mementingkan kepentingan individu sahaja ibarat ‘kera sumbang’, apa guna hidup dalam masyarakat?


Sumber: al-Bayan- Siri 12- SS Dato’ Dr. Zulkifli al-Bakri

Comments