AMBIL IKTIBAR DARI KISAH DIALOG ABU HANIFAH DAN ILMUAN BESAR ATEIS TERHADAP PERSOALAN KEWUJUDAN TUHAN
Kewujudan golongan ateis telah dibuktikan semenjak zaman dahulu lagi termasuklah ketika zaman Abu Hanifah. Pada ketika itu, seorang ilmuan besar ateis dengan bongkaknya bertanyakan persoalan kewujudan Tuhan kepada Abu Hanifah yang pada ketika itu hanya seorang kanak-kanak. Dialog tersebut seperti berikut:
Ateis: Apakah Allah itu wujud? Jika wujud dimanakah Allah?
Abu Hanifah: Ya wujud dan Allah tidak bertempat.
Ateis: Bagaimana yang wujud itu tiada tempat?
Abu Hanifah: Dalilnya ada pada kamu sendiri. Bukankah kamu ada nyawa? Dimanakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala, perut atau kaki kamukah?
Ateis membisu mendengarkannya.
Abu Hanifah: Sepertimana roh itu tiada tempat di tubuh badan, maka begitu jugalah Allah SWT tidak bertempat di alam buana ini.
Ateis: Apa yang ada sebelum Allah SWT dan selepas Allah SWT, apa buktinya?
Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah SWT dan tiada sesuatu selepas Allah SWT. Buktinya ada pada anggota badan kamu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. Begitu jugalah dengan Allah SWT. Tiada sesuatu sebelumNya dan tiada sesuatu selepasnya Nya.
Sumber: BUKU ATEISME: SATU PENELITIAN AWAL-JAKIM
Comments
Post a Comment