GOLONGAN SYIAH TIDAK MEMPERCAYAI AL-QURAN!!! TERNYATA SYIAH BUKAN SEBAHAGIAN DARI AGAMA ISLAM MALAH SESAT LAGI MENYESATKAN
Ijmak ulama bersepakat bahawa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kitab suci terakhir yang menjadi pelengkap, menyempurnakan kitab-kitab sebelumnya dan terpelihara dengan jaminan Allah S.W.T sehingga ke akhir zaman. Sesiapa yang beriktikad bahawa ia telah ditambah, dikurangkan, diubah atau diselewengkan, maka ia menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
Namun golongan Syiah berpendapat sebaliknya. Mereka mengatakan bahawa al-Quran yang kita guna sekarang ini adalah al-Quran yang telah diseleweng, diubah dan dikurangkan isi kandunganya oleh sahabat-sahabat Nabi r.a. kecuali Saidina Ali. Menurut kepercayaan Syiah, sahabat Nabi SAW yang mengumpulkan al-Quran yang benar hanyalah Saidina Ali sahaja yang diakhiri sehingga zaman imam dua belas yang dikatakan ghaib dan membawa bersama al-Quran.
Kenyataan Syiah sedemikian menunjukkan bahawa mereka tidak mempercayai al-Quran sebagaimana seharusnya wajib bagi umat Islam untuk mempercayainya sebagai sumber utama agama Islam selain hadis. Ketidakpercayaan kepada al-Quran bermakna tidak mengakui mukjizat Nabi Muhammad SAW dan mengingkari perintah Allah SWT. Maka benarlah, Syiah bukan sebahagian dari agama Islam malah sesat lagi menyesatkan.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment