ISLAM DIKAITKAN DENGAN AGAMA KEGANASAN, NAMUN JIKA GOLONGAN KAFIR BERTINDAK GANAS MENGAPA SEMUA PIHAK MEMEJAM MATA?
India mempunyai populasi pendudukan Islam kedua terbesar di dunia selepas Indonesia dan menjadi agama kedua terbesar di India setelah agama Hindu. Hal ini menunjukkan agama Islam adalah agama yang tidak asing di India malah di dunia. Namun, semenjak akhir tahun lepas sehingga hari ini berita penganaiaan dan diskriminasi terhadap umat Islam nampaknya lebih parah.
Kali ini golongan bukan Islam terutamanya daripada parti berhaluan kanan Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa ingin melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di negara itu. Bukan itu sahaja, mereka turut merancang untuk memurtadkan wanita Islam melalui perkahwinan sehingga mempunyai modus operandi khusus bagi menjalankan missionari kemurtadan itu.
Secara jelasnya berlaku perilaku keganasan terhadap umat Islam di India. Namun, apakah peranan pihak bertanggungjawab seperti PBB, OIC dan kita sendiri sebagai umat Islam dalam perkara ini? Jika terdapat pengganas yang kononnya membawa nama Islam walau hakikatnya jauh terpesong dari ajaran Islam dikatakan sebagai Islam itu pengganas sehingga wujudnya kelompok Islamofobia di seluruh dunia, maka jika golongan kafir ini membuat keganasan mengapa dipejamkan sahaja mata?
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia-2022 dan The Merdeka Times – 9 DIS 2022
Comments
Post a Comment