Sudah acap kali diuar-uarkan berkenaan kesesatan ajaran Millah Abraham. Namun, masih lagi kedengaran anak muda Islam yang terpengaruh dengan ajaran tersebut malah menyeru ideologi sesat yang menggabungkan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi kepada kenalan rapat khususnya serta masyarakat awam amnya walau sudah jelas fatwa pengharamannya.
Baru-baru ini kecoh berkenaan seorang pelakon Malaysia yang mengaku terpengaruh dengan ajaran tersebut dek kerana 'terjerat' melalui percintaan. Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila seorang ahli politik beragama Islam turut didakwa aktif 'berdamping' dengan ajaran Millah Abraham melalui kenalan yang sama.
Waspadalah umat Islam dengan anasir-anasir yang menyesatkan dan meragukan. Tetapkan akidah. Jangan kerana cinta agama digadaikan. Bahagia hanya di dunia, kelak menyesal di akhirat tidak berguna. Harap pengajaran kisah ini membuka hati dan mata semua umat Islam untuk berhati-hati dalam memilih kawan. Yang baik jadikan ikutan, yang tidak baik jadikan sempadan, masih ada waktu untuk bertaubat.
Comments
Post a Comment