KEBEBASAN INDIVIDU BERIJTIHAD PERKARA SYARIAT SEPERTI MANA ANJURAN LIBERAL ADALAH BERBAHAYA

 

Idea liberalisme dan kebebasan individu dalam agama merupakan sesuatu yang berbahaya bagi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini disebabkan Islam menyeru agar umatnya berpegang kepada ijmak yang juga merupakan salah satu kaedah sumber agama yang diterima umum.

Oleh itu, pendapat perseorangan boleh membawa kepada perpecahan yang keterlaluan kerana masing-masing mendakwa kesahihan pendapat. Maka dapat dikatakan bahawa prinsip kebebasan individu liberalisme tidaklah bertepatan dengan ajaran Islam. Tafsiran peribadi tidak semestinya betul berdasarkan kaedah-kaedah yang tepat dalam memahami teks wahyu apatah lagi apabila berijtihad berkenaan dengan perkara syariat.

Sebaliknya, umat Islam diseru agar mengikut muafakat para Jemaah ulama. Sekiranya setiap orang berpegang kepada tafsiran peribadi masing-masing, maka agama akan difahami dengan pelbagai kecenderungan. Ada yang cenderung ekstrem ke arah liberal mahupun ke arah literal. Jika yang liberal melonggarkan amalan agamanya, yang literal pula mungkin mengamalkan agamanya dengan amat keras sekali.

Sumber: Jurnal Usuluddin, Vol. 40 - 2014


Comments