Masyarakat Melayu dahulunya tidak sesekali memeluk agama Kristian atas rasa sensitiviti yang tinggi terhadap agama Islam walaupun misionari menggunakan pelbagai cara untuk memurtadkan umat Islam. Namun, perkara ini mungkin tidak lagi relevan sekarang kerana kajian menunjukkan bahawa gejala murtad dalam kalangan masyarakat Melayu semakin menjadi-jadi.
Setakat 2010 sahaja terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di Malaysia. Bilangan tersebut termasuklah 100,000 mengisytiharkan diri menukar agama kepada Kristian dan 100,000 lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya adalah mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.
Angka tersebut boleh dikatakan sebagai satu tanda amaran kepada umat Islam bahawa missionari Kristianisasi termasuklah mana-mana agama tidak pernah akan berhenti menghasut secara halus mahupun terang-terangan untuk ‘berdamping’ dengannya. Segala bukti kebenaran yang disampaikan oleh Allah SWT semuanya telah tertulis di dalam al-Quran dan dikuatkan dengan hadis 1445 tahun dahulu. Mana mungkin periwayatan yang banyak itu adalah palsu. Kejadian-kejadian alam dan sebagainya yang berlaku turut membuktikan kebenaran kekuasaan Allah SWT. Buka minda, buat kajian dengan hati yang terbuka dengan niat untuk mencari kebenaran, kelak pasti mendapat jawapan yang dicari.
Sumber: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, Vol.15
Comments
Post a Comment