KESESATAN AKIDAH TIDAK AKAN BERLAKU JIKA SENTIASA BERPEGANG KEPADA Al-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN DALAM KEHIDUPAN


Sudah menjadi tabiat manusia semenjak berzaman mudah terjerumus di dalam kesesatan dan penyelewengan walaupun setelah menerima penjelasan dan keterangan tentang akidah Islam terutamanya daripada sumber utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Golongan sesat sentiasa wujud pada setiap zaman sama ada disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, mempercayai ilmu daripada sumber yang tidak benar, menyandarkan kepercayaan kepada sangkaan semata-mata, sifat ego, ingin dipuja dan disanjung, keinginan untuk menjadi berbeza daripada yang lain serta tunduk kepada hawa nafsu.

Hanya dengan keimanan kepada Allah SWT menjadikan manusia sebagai umat terbaik iaitu yang mengamalkan sifat pertengahan, tidak terlalu ekstrem atau longgar dalam kehidupan beragama. Orang yang beriman juga menjalani kehidupan berpandukan nas, hujah dan dalil yang sahih serta menggunakan pertimbangan akal fikiranyang waras (ijtihad para ulama) dalam segenap urusan kehidupan. 

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Comments