MISSIONARI KRISTIANISASI GENTAR ISLAM MENGUASAI DUNIA, LANTAS MENYEBARKAN DAKYAH MEMURTADKAN UMAT ISLAM

 

Gerakan kristianisasi adalah gerakan keagamaan yang bersifat ‘politik penjajahan’. Raymond Lull merupakan orang Kristian pertama yang memperkenalkan konsep kristianisasi selepas gagal pihak Kristian dalam Peperangan Salib. Dia berseungguh-sungguh belajar Bahasa Arab, menjelajah ke negara-negara Syam sambil berdialog dengan para ulama di sana dengan niat untuk mengelirukan dan memanupulasikan pemikiran umat Islam.

Semenjak itu, gerakan ini tersebar ke seluruh dunia dengan matlamat utamanya adalah untuk menggagalkan gagasan kesatuan umat Islam. Lawrance Brown menyatakan bahawa apabila umat Islam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab, mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia, namun apabila mereka dibiarkan berpecah belah maka mereka akan kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh.

Matlamat ini sudah jelas dan terang disebarkan secara meluas di seluruh dunia. Namun, mengapa masih lagi ramai umat Islam terpengaruh dengan ideologi Kristianisasi ini? Tidak lain tidak bukan sudah tentunya kerana pegangan akidah yang rapuh dan kekurangan jati diri untuk mencari kebenaran sebelum menerima sesuatu yang baru. Renungkan.

Sumber: Darulkautsar


Comments