SEJARAH KEGEMILANGAN ISLAM PERLU DIKAJI DAHULU SEBELUM MEMBERI INTERPRETASI BURUK PADA ISLAM DAN MENGAGUNGKAN BARAT ATAS PAKSI LIBERALISME
Para pendokong ideologi liberal sentiasa mencari alasan bahawa setiap sekatan terhadap orang Islam yang ingin murtad, yang ingin ‘bebas’ bertingkahlaku diinterpretasikan sebagai melanggar hak asasi manusia.
Sedarlah bahawa Islam liberal ditubuhkan untuk menggambarkan kepada barat dan masyarat bahawa Islam sebenar adalah agama bebas dan tidak terikat seperti difahami dan dipraktikkan ulama mujtahid. Hakikatnya mereka adalah golongan sesat yang mengagungkan akal dan memperhambakan diri kepada Barat demi kepentingan politik dan diri masing-masing.
Kononnya Barat adalah simbol kemajuan, mempunyai kepakaran dalam semua bidang dan perlu dijadikan contoh. Hakikatnya, belajarlah sejarah dahulu, semua ilmu-ilmu tersebut sebenarnya datang dari kegemilangan para ilmuwan Islam terdahulu kemudian ianya dicedok oleh pemikir Barat dan menjenamakan semula sesebuah ilmu tersebut kononnya miliknya. Buat kajian dahulu, barulah boleh menilai Islam.
Sumber: Berita Harian- 29 FEB 2016
Comments
Post a Comment