SERANGAN BOM BERANI MATI ADALAH TINDAKAN KEGANASAN BUKANNYA JIHAD DI JALAN ALLAH


Baru-baru ini perkhabaran dari negara serumpun, Indonesia, berlakunya serangan bom berani mati yang melibatkan kumpulan pengganas dikenali sebagai Jamaah Ansharut Daulah (JAD). Kejadian letupan yang berlaku di Balai Polis Astana Anyar dipercayai adalah bantahan daripada pengenalan kanun jenayah baru yang dianggap ‘produk kafir’ susulan penemuan beberapa dokumen yang membawa mesej mengecam kod jenayah tersebut.

JAD telah dianggap sebagai sebuah kumpulan keganasan kerana mereka telah mendeklarasikan kesetiaan kepada DAESH/ISIS. Mereka berpegang kepada ‘fatwa’ pemimpin mereka yang menyeru untuk berhijrah ke negara Islam dan jika tidak mampu maka perlu berjihad di negara masing-masing. 

Bagi mereka serangan bom berani mati itu bukanlah satu perkara sia-sia kerana mereka telah didoktrinkan bahawa tindakan tersebut dianggap sebagai satu jihad bagi menegakkan negara Islam. Pentafsiran yang salah terhadap konsep jihad oleh semua kumpulan pengganas Islam sedikit sebanyak telah mencemarkan nama Islam itu sendiri dan kerana itu Islam dilabelkan sebagai agama yang menganjurkan keganasan. 

Bagi rakyat Malaysia, ambil iktibar dari kejadian yang berlaku. Untuk menegakkan sesebuah ideologi bukanlah cara yang tepat untuk menyelesaikan masalah. Keharmonian dan keselamatan bersama perlu diutamakan kerana Islam itu sebenarnya indah jika ditafsirkan dengan cara yang betul. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre dan Berita Harian- 7 DIS 2022


 

Comments