TIDAK PERCAYA KEPADA ALLAH HANYA ALASAN DUNGU GOLONGAN ATEISME UNTUK HIDUP BEBAS TANPA KONGKONGAN

 

Ateisme secara literalnya difahami sebagai fahaman yang menolak kewujudan Tuhan. Namun sebahagian penganutnya di Malaysia nampaknya masih keliru dengan pegangan yang dianuti. Menurut kajian, kebanyakan persoalan yang dibangkitkan bukan terfokus kepada mencari kebenaran tentang kewujudan Tuhan, tetapi lebih bersifat emosional bertujuan untuk memburuk-burukkan Islam.

Sedangkan mereka sebenarnya hidup dalam penafian bahawa Allah itu wujud. Sebahagiannya juga hanya mengikut arus anak muda di Barat pada masa kini yang kelihatan ‘cool’ dengan status tidak beragama atau ateis. Apatah lagi sifat anak muda yang sememangnya suka kepada kebebasan tanpa sebarang kongkongan termasuklah dalam soal pegangan agama dan kepercayaan.

Maka jalan pintas kepada kebebasan adalah dengan memeluk fahaman ateis tanpa mereka menyedari kepincangan pemikiran itu. Fokus utama adalah bebas, agama ditolak tepi. Ingatlah bahawa kematian itu tidak kira masa dan umur. Jika tidak percaya pada kewujudan Allah, carilah jawapan untuk membongkar persoalan di kepala, bertebaranlah di bumi demi merungkaikan kebenaran ayat-ayat Allah SWT dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Sumber: Buku Ateisme: Satu Penelitian awal – JAKIM


Comments