WALAU PERTUBUHAN DUNIA MENGIKTIRAF LGBT, NAMUN SEBAGAI UMAT ISLAM JANGAN BIARKAN ANDA TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN LIBERAL YANG MEMESONGKAN

 

Status Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyokong golongan LGBT telah menimbulkan kecaman terutamanya daripada Malaysia. WHO menegaskan bahawa semua pihak mempunyai hak untuk menjalani kehidupan yang bebas daripada sebarang diskriminasi dan keganasan.

Sedangkan WHO mempromosikan Program Reproduksi Manusia, sudah tentu WHO secara saintifiknya tahu bagaimana sistem reproduksi manusia itu berfungsi dan pembiakan itu berlaku menghasilkan dua jantina sahaja. Kekeliruan WHO yang melanggar prinsip asalnya demi kepentingan tertentu dalam menyokong golongan LGBT secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa seolah-olah golongan tersebut adalah mangsa, sedangkan mereka yang melanggar fitrah dan menyumbang kepada lebih banyak penyakit seperti HIV dan sebagainya. 

Tidak perlu lihat di luar negara, di Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam semakin ramai menyokong dan menjadi sebahagian daripada golongan LGBT. Di dalam al-Quran juga telah diberikan peringatan bahawa perbuatan itu haram. Ambillah iktibar daripada kisah kaum Sodom pada zaman Nabi Luth. Nescaya pasti golongan ini akan menyesal jika mengkaji kebenaranNya.  

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre dan The Merdeka Times - 2022


Comments