WASPADA ANCAMAN PENGEBOMAN DI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND DAN RISIKO KETERLIBATAN PENGGANAS

 

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita pengeboman yang berlaku di sempadan Thailand-Malaysia yang melibatkan letupan gerabak keretapi SRT dari Hatyai dan kargo milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Walaupun tidak ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut, namun perlu diambil perhatian yang serius kerana ia melibatkan ancaman terhadap keselamatan negara. Disebabkan Malaysia mempunyai pengalaman pahit bergelut dengan pengganas di kawasan persempadanan Malaysia, maka risiko wujudnya penglibatan kumpulan pengganas perlu diambil kira.

Oleh itu, pihak bertanggungjawab terhadap keselamatan negara perlu meningkatkan pengawasan dan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan keharmonian negara terus terjamin. Pada masyarakat pula, haruslah sentiasa berwaspada dengan kawasan persekitaran supaya tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh mengancam nyawa.

Sumber:   Unit Penyelidikan al-Haq Centre dan Kosmo -5 Dis 2022


Comments