AWAS!!! KESAN MURTAD BUKAN SAHAJA PADA INDIVIDU, MALAH TURUT TERPALIT PADA KELUARGA DAN MASYARAKAT SEKELILING

 


Orang Islam yang murtad sama ada melalui kepercayaan, lisan atau perbuatan sudah semestinya akan memberi kesan sampingan yang negatif bukan sahaja kepada individu tersebut, malah turut terpalit juga kepada keluarga, masyarakat dan agama.


Sebagai contoh individu yang murtad akan mengalami masalah kekeliruan identiti diri iaitu penentuan status agama seseorang. Mereka juga tidak mempunyai hak sama sekali ataupun terhalang untuk mewarisi harta orang Islam termasuklah ibu, ayah dan pada masa yang sama hartanya juga perlu dipusakai oleh ahli-ahli waris yang beragama Islam.


Murtad juga akan mengakibatkan timbulnya konflik dalam keluarga. Sudah semestinya tiada penerimaan yang rela kepada orang atau ahli keluarga yang keluar dari Islam. Konflik pasti akan berlaku kerana ahli keluarga yang lain akan menimbulkan isu melibatkan status agama kepada seseorang ahli keluarga yang murtad. Percayalah, sekiranya Islam dijadikan sebagai cara hidup maka akan wujudlah persekitaran dan kehidupan yang sempurna dan akan lahirlah sifat bertolak ansur, tolong-menolong, berkasih sayang dan sebagainya.


Sumber: Jurnal Melayu, Bil. 19(2), Universiti Malaysia Kelantan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam

Comments