"BIASAKANLAH DENGAN KITAB NAHJUL BALAGHAH ???" STRATEGI HALUS DAN JAHAT SYIAH UNTUK MEMPROMOSI KITAB SYIAH SEBAGAI PANDUAN MENTADBIR NEGARA

 

Faisal Tehrani sememangnya sudah dikenali sebagai seorang individu dalam kelompok profesional aktif dalam penyebaran ideologi Syiah secara halus di Malaysia. Baru-baru ini beliau menyeru umat Islam supaya mengamalkan gaya hidup berlandaskan Kitab Nahjul Balaghah yang dikatakan isinya mengandungi ucapan, khutbah dan surat yang disandarkan kepada Saidina Ali ra. Kitab ini diterima pakai oleh golongan Syiah Rafidah sebagaimana al-Quran sedangkan ia dalam keadaan penuh dengan percanggahan.

Mengapa Kitab Nahjul Balaghah terpesong dari ajaran agama Islam sebenar dan bukan asli dari Saidina Ali ra?
i. Jarak masa antara penyusun kitab dan Ali ra adalah tujuh generasi perawi. Penyusunnya telah membuang semua perawi berkenaan, maka ia tidak boleh diterima tanpa sanad (riwayat yang sahih);
ii. Penyusun kitab bukan ahli riwayat, hanya mutakallim agama dan tidak pasti tahap kepercayaannya;
iii. Mengandungi cercaan ke atas para Sahabat;
iv. Mengandungi kejian dan caci maki yang pastinya bukan daripada Ali ra;
v. Kandungan kitab pastinya bukan dari pakar balaghah dan Bahasa kerana mengandungi percanggahan dengan hadis dan ajaran Islam. 

Oleh itu, atas asas ini jelaslah kitab ini tidak dinisbahkan kepada Saidina Ali ra. Kandungan kitab ini juga tidak boleh menjadi hujah sama sekali dalam apa jua permasalahan syarak. Justeru itu, berhati-hatilah umat Islam dalam memilih bahan-bahan bacaan dan menerima apa-apa pandangan yang meragukan. Ingatlah bahawa Syiah sudah ternyata kesesatannya dan bukanlah sebahagian daripada mazhab dalam Islam. Mengapa lagi perlu ragu?

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2022 dan al-ahkam.net


Comments