Namimah atau dalam bahasa lainnya bermaksud mengadu domba adalah satu sifat yang sangat dimurkai oleh Allah SWT. Bahkan, Rasulullah SAW ada bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Tidak masuk syurga nammaam / si batu api". (HR Muslim).
Namimah termasuk dalam kategori dosa besar. Apabila adanya individu berperangai ‘batu api’, pastinya ia akan menyebabkan banyak pihak terluka dan bersengketa. Firman Allah SWT:
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (QS al-Ahzaab: 58).
Kita perlu sentiasa berusaha menghalang diri dengan tidak mengeluarkan perkataan buruk atau cuba menyakiti hati orang sekeliling. Sehubungan itu, kita perlu sentiasa berdoa supaya tidak tergolong dalam kalangan manusia berperangai buruk berkenaan.
Sumber: Harian Metro (26 Jun 2019)
Comments
Post a Comment