JANGAN TERPEDAYA DENGAN TOK GURU SAKTI!!! JAHIL ILMU MENJADI PUNCA RAMAI UMAT ISLAM TERPESONG SESAT DARI AGAMA


Ajaran sesat boleh berkembang kerana masyarakat yang jahil ilmu agama sangat mudah percaya kepada perkara-perkara ghaib dan sakti atau ada kuasa tertentu yang boleh memberi manfaat terutamanya dalam hal keduniaan. Perkara ghaib ini adalah sesuatu yang sememangnya dijelaskan oleh Al-Quran dan hadis tetapi dalam batas-batas tertentu yang mentauhidkan Allah dan bukan dalam perkara yang mensyirikkan dan yang boleh membatalkan keislaman seseorang.

Sebagai contoh ajaran sesat Ayah Pin. Ideologinya menggunakan logik akal sehingga amat logik untuk diterima oleh penganut-penganutnya yang jahil agama kerana ia bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa mereka. Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh Rasul-Rasul dan wali-wali yang dirahsiakan kepada orang ramai. 

Disebabkan kejahilan agama, pengikut-pengikut ajaran sesat ini amat mudah sekali terpengaruh dan percaya kepada sesuatu perkara ghaib yang dikemukakan oleh guru-guru ajaran sesat yang memutar-belitkan ayat-ayat al-Quran dan hadis berdasarkan akal dan nafsu semata-mata sehingga pengikut-pengikutnya tidak lagi dapat melihat kesesatan yang disampaikan.

Sumber: Jurnal Syariah, 2010. Vol. 18(2) dan Jabatan Agama Islam Johor.


 

Comments