KEPERCAYAAN KHURAFAT PUAK SYIAH!!! MENGAMALKAN WIRID SAIDINA ALI DEMI KEKEBALAN DIRI

 

Kepercayaan tentang keberkesanan ilmu amalan yang dilibatkan dengan Saidina Ali r.a merupakan kepercayaan khurafat dan ajaran sesat yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam terutama penganut Syiah. Pengamalnya dipercayai akan menjadi gagah, kebal, berani, digeruni musuh, tidak dimakan atau diganggu binatang buas, boleh menghalau hantu syaitan dan sebagainya.

Ilmu pengamalan tersebut termasuklah himpunan bacaan-bacaan doa, istighfar, tahmid, tasbih, zikir, selawat dan lain-lain disebut dan diseru nama Saidina Ali di dalamnya ketika melakukan pengibadatan kepada Allah SWT. Kebiasaannya penggunaan amalan khurafat itu digunakan ketika mengubati orang sakit khususnya berpunca dari kejadian mistik hantu syaitan masih mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu-Islam sehingga sekarang.

Masyarakat Islam seharusnya tidak mudah mempercayai perkara khurafat ini. Sedangkan Saidina Ali adalah sahabat nabi yang mulia, namun terdapat terlalu banyak perkara khurafat yang dikaitkan dengan Saidina Ali sehingga boleh memberi kekeliruan kepada individu yang kurang pemahaman terhadap agama Islam. Justeru itu, berhati-hatilah dalam menerima apa-apa ilmu. Tidak salah untuk menuntut ilmu tetapi biarlah kebenarannya itu benar-benar muktabar.

Sumber: Jurnal Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya


Comments