SAIDINA ALI HANYA KEPUNYAAN SYIAH??? DAKWAAN SESAT GOLONGAN SYIAH YANG HANYA MENGAGONGKAN SAIDINA ALI DAN MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT NABI YANG LAIN
Umat Islam perlu fahami bahawa Saidina Ali ra adalah Sahabat nabi dan diiktiraf sebagai Khulafa’ al- Rasyidin yang keempat selepas Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Saidina Uthman. Sejarah ini perlu difahami sebaiknya supaya tiada mana-mana pihak yang beranggapan bahawa hanya Saidina Ali merupakan Khalifahnya.
Jika perkara ini berlaku, maka kecenderungan untuk berfahaman sepertimana golongan Syiah adalah tinggi kerana ideologinya yang hanya mengagongkan Saidina Ali secara melampau, malah mengkafirkan para Sahabat nabi yang lain. Dalam laman Facebook Ali Timur ada menyatakan, “'Eloklah isytiharkan dalam OIC, Saidina Ali ini bukan Khalifah Islam. Haram bubuh nama anak Ali, haram petik kata-katanya. Sebab Ali ini hak Syiah kapir”.
Jelas sekali golongan Syiah telah mencemarkan nama Saidina Ali sehingga mendakwa Ali hanyalah untuk Syiah. Secara tidak langsung, umat Islam yang tidak kukuh akidahnya pasti terkeliru dengan fakta ini dan dikhuatiri lebih terpesong daripada ajaran Islam sebenar jika tiada langkah-langkah pembendungan daripada pihak-pihak berwajib khususnya dan masyarakat amnya. Kajilah al-Quran dan hadis, berdampinglah dengan para ulama yang muktabar, pasti menemui kebenaran agama Islam itu.
Sumber: Jurnal Usuluddin, Vol. 1 – Universiti Malaya dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2023
Comments
Post a Comment