SUDAH TERANG LAGI BERSULUH PEMIKIRAN LIBERAL ADALAH ACUAN BARAT, MENGAPA LAGI PERLU DIIKUT WALAU JELAS IA BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP AGAMA ISLAM?
Liberalisme adalah satu fahaman yang lahir daripada falsafah Barat sebagai tindak balas penolakan mereka kepada kuasa gereja yang menguasai, mengawal sistem kehidupan dan menindas rakyat pasa zaman gelap. Penindasan oleh kuasa gereja itu telah menyebabkan agama Kristian ditolak. Kemudian lahirlah fahaman liberal yang mahukan cara berfikir atau bertindak secara bebas dan terbuka tanpa terikat dengan agama.
Sedikit sebanyak perkara ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia termasuk umat Islam. Jika di Malaysia, dapat dilihat kemunculan pandangan daripada badan-badan NGO yang diasaskan oleh umat Islam sendiri seperti Sister in Islam, kumpulan G25 dan Siti Kassim yang lantang mempertikaikan perkara berkaitan agama, mempertikaikan badan-badan agama Islam seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam, malah mempertikaikan pandangan para ulama di Malaysia.
Perasaan trauma terhadap apa yang berlaku kepada penganut Kristian merebak kepada kumpulan-kumpulan ini yang melihat Islam dari aspek yang sama. Oleh sebab itulah mereka melahirkan perasaan bimbang terhadap pelaksanaan hukum hudud, perintah memakai tudung, larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, larangan makan di tempat umum semasa bulan puasa, penukaran jantina dan lain-lain. Secara logiknya, mengapa sebagai umat Islam kita hendak mengikuti acuan yang ditetapkan oleh Barat? Renung-renungkan.
Sumber: Jurnal Sains Humanika 5(3): 77-85
Comments
Post a Comment