AKIDAH SYIAH TERNYATA SESAT!!! TERMASUK DALAM 72 MAZHAB YANG TERPESONG DARI AJARAN ISLAM KERANA MENGUBAH AL-QURAN DAN MENGKAFIRKAN PARA SAHABAT NABI SAW
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam sering berselisihan dan berpecah belah terutamanya berkenaan perkara usul atau akidah. Proses perpecahan ini mengambil tempoh yang panjang sehingga menyebabkan wujudnya 73 mazhab dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Pada zaman Saidina Ali keadaan lebih tegang apabila berlaku perselisihan antara khalifah dengan Saidina Muawiyah sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam kepada dua kelompok iaitu Syiah dan Khawarij.
Syiah yang diketuai oleh Ayatollah Khomeini membawa ideologi yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan ini bukan sahaja dalam soal furu’ (cabang), tetapi juga dalam persoalan akidah. Mereka mengubah susunan dan bilangan ayat al-Quran, menolak sebahagian besar hadis, mengkufur dan melaknat sebahagian besar para sahabat Nabi SAW, menghalalkan nikah mut’ah dan mengagungkan Saidina Ali secara melampau dan ekstrem.
Apabila akidah sudah salah, maka segala perkara yang diamalkan secara jelasnya terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Takiyyah (pembohongan) yang dilakukan Syiah ini mengapa lagi kita terpedaya dengan kesesatannya? Mengapa kejayaan Iran yang diketuai Khomeini menumbangkan Shah Iran disanjung tinggi oleh Malaysia suatu ketika dahulu? Selidiki dahulu latar belakang seseorang itu sebelum menyatakan sokongan, kerana khuatir turut sama dalam kesesatan.
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang 72 masuk neraka.” Bertanya para sahabat, “Siapakah firqah yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ahlussunnah Wal Jamaah.” – Hadis Riwayat Imam Thabrani
Sumber: Buku Bahaya Syiah – Shoutul Arqam
Comments
Post a Comment