AWAS DENGAN GOLONGAN SYIAH YANG MENYESATKAN!!! KEPERCAYAAN GOLONGAN SYIAH TERHADAP IMAM MAHDI DAN PARA SAHABAT NABI ADALAH BERTENTANGAN DENGAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

 

Syiah Imamiah ialah golongan Syiah yang meyakini bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari iaitu Imam ke 12 (ghaib semasa kecil) akan muncul kembali pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi. Syiah Imamiah yang turut dipanggil sebagai Syiah Isna’ Asyariah kerana golongan ini mengiktiqadkan bahawa Imam mereka hanya 12 orang sahaja bermula dengan Saidina Ali diikuti oleh anak cucunya hingga diakhiri oleh Muhammad bi Hassan al-Askari.

Golongan Syiah Imamiah ini juga telah menolak Zaid bin Ali bin Hussin kerana Zaid memuji dan mengiktiraf sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Disebabkan itu wujudnya golongan Syiah Zaidiyah dan berlakulah perselisihan antara puak-puak Syiah. mereka beriqtikad bahawa pemimpin ummah sesudah Rasulullah SAW hinggalah ke Imam Mahdi hanya 12 orang iaitu semuanya keturunan Saidina Ali. Walhal secara realitinya begitu ramai pemimpin atau pemerintah Islam yang memerintah, namun apakah alasan Syiah mengatakan pemimpin-pemimpin Islam selain 12 orang itu tidak layak untuk memimpin?

Perkara tersebut telah memperlihatkan bahawa pegangan dan iktikad golongan Syiah ini amat bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kewujudan Syiah bukan sahaja memberikan kesan yang buruk kepada imej agama Islam malah turut memecah belahkan umat Islam dengan mendatangkan ideologi yang boleh menyesatkan umat Islam sendiri yang tidak kuat pegangan agamanya. Antara sebab-sebab di atas itulah umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi golongan Syiah kerana ternyata ideologi yang dibawa adalah sesat lagi menyesatkan.

Sumber: Buku Bahaya Syiah – Shoutul Arqam


Comments