BAHAYA ANCAMAN ATEISME!!! KEINGKARAN TERHADAP AJARAN AGAMA DAN PELANGGARAN TERHADAP UNDANG-UNDANG MENJADI FAKTOR JELAS GOLONGAN ATEIS TIDAK LAYAK UNTUK DICONTOHI
Fahaman yang menolak konsep ketuhanan atau dipanggil sebagai ateisme adalah satu penyebaran yang mampu mengganggu ketenteraman awam. Fahaman ateisme ini juga perlu dicegah kerana boleh menyebabkan ketidaselesaan dalam masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan harmoni.
Apabila terdapat satu pemikiran untuk tidak memiliki tuhan itu disebarkan, secara tidak langsung ia boleh menjejaskan pandangan orang Islam ataupun menjejaskan hubungan antara orang Islam dengan mereka yang tidak menganut agama. Perbuatan ini juga boleh dikategorikan sebagai melanggar sistem perundangan negara kerana undang-undang melarang sebarang penyebaran doktrin yang tidak berasas kepada prinsip-prinsip Islam kepada orang Islam.
Perlembagaan Negara hanya menjamin kebebasan beragama, namun tidak merangkumi kebebasan tidak beragama. Selayaknya golongan ateisme ini dibuang daripada Negara kerana ingkar dan tidak mematuhi ciri-ciri sebagai warganegara yang patuh kepada undang-undang yang disediakan. Golongan yang diluar normalisasi ini secara jelasnya turut ‘membuang’ akidahnya dilihat sangat parah kehidupannya terumbang-ambing tanpa pegangan dan jika terus dibiarkan pasti golongan ini akan berkembang-biak dengan jayanya.
Kesimpulannya, Tuhan dan agama adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia, begitu juga dengan undang-undang. Tiga perkara ini sangat penting kewujudannya kerana ia menjadi ‘alat’ bagi mengikat manusia membatasi diri dari melakukan perkara-perkara yang mengingkari perintah Tuhan mahupun pelanggaran terhadap undang-undang.
Sumber: Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, AIKOL
Comments
Post a Comment