JANGAN KERANA ADAT, AGAMA DIGADAIKAN!!! HAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU-ISLAM YANG BOLEH MENDATANGKAN SYIRIK KEPADA ALLAH SWT


Walaupun Islam menentang khurafat, namun ia terus wujud dalam kalangan umat Islam. Pada zaman Rasulullah SAW telah wujud golongan orang Arab Jahiliyyah yang mempercayai perkara-perkara khurafat kononnya bulan Safar banyak mendatangkan bala, untung nasib di hari akhirat dapat diketahui melalui penilikan untung, burung hantu membawa sial dan sebagainya. Tidak kurang juga di Malaysia, segelintir masyarakat Islam masih mempercayai animisme dan dinamisme.

Anismisma meyakini bahawa jiwa dan roh orang meninggal masih berada di bumi dan berdampingan dengan manusia yang masih hidup. Mereka juga meyakini setiap benda seperti gunung, hutan, gua atau kuburan perlu dihormati kerana memiliki roh. Oleh sebab itu mereka memuja dan mengabdikan diri kepada benda-benda karut tersebut kerana dikhuatiri roh-roh tersebut akan menganggu kehidupan manusia. 

Dinamisme pula meyakini bahawa benda di sekitar manusia memiliki kekuatan yang ajaib. Contohnya keris atau batu cincin dan sebagainya dianggap memiliki kuasa ajaib supernatural yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Mempercayai perkara-perkara dongeng walaupun ianya diturunkan oleh atuk nenek terdahulu, jika diamalkan maka termasuklah dalam kategori khurafat yang merupakan satu kesalahan dan boleh membawa kepada syirik besar yang tidak diampuni oleh Allah SWT. Oleh itu, fikir dahulu sebelum buat. Walau sesuatu ‘benda’ itu adalah warisan tetapi jika ia bertentangan dengan ajaran Islam maka salah tetap salah. Jangan kerana adat, agama digadaikan.

Sumber: Jurnal Usuluddin – Universiti Malaya


 

Comments