JANGAN TERPENGARUH DENGAN IDEOLOGI SISTER IN ISLAM!!! MEMPERTIKAI SYARIAT BERKHATAN BAGI PEREMPUAN KERANA DIANGGAP MEMUDARATKAN KESIHATAN


Baru-baru ini kecoh sebuah pertubuhan NGO yang telah difatwakan sesat, Sister in Islam (SIS), menggesa pihak kerajaan bagi menyemak semula fatwa JAKIM berkenaan kewajiban berkhatan bagi perempuan. Pelbagai alasan diberikan yang rata-ratanya mendakwa risiko memudaratkan kesihatan adalah tinggi jika terus dilakukan amalan berkhatan yang dikatakan hanyalah amalan budaya semata-mata.

Dalam Mazhab Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur. Menurut Yusuf al-Qaradhawi, syaratnya wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Jika pemotongan atau pengembirian kemaluan berlebihan dalam memotong dan dikendalikan oleh orang-orang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, kemudian ubatan yang digunakan itu memandulkan, maka ia adalah dilarang kerana telah melanggar had-had yang disepakati dalam syarak.

Berdasarkan penjelasan tersebut, maka seharusnya tidak timbul isu khatan wanita mencacatkan anggota dan tidak disyariatkan di dalam Islam sepertimana dakwaan SIS. Sedangkan isu tersebut berpunca daripada pengamalan budaya golongan bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita. 

Justeru itu, sebagai umat Islam yang berpegang kepada Mazhab Syafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah seharusnya tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan syariat Islam dan pengamalannya. Secara umumnya masyarakat telah tahu kesesatan dan dakwaan karut yang sering dibawa oleh SIS, maka janganlah ‘teracun’ dengan ideologi SIS yang nyatanya terpesong dari ajaran Islam.

Sumber: al-Kafi li al-Fatawi #419-Mufti Wilayah Persekutuan dan umatia.org/ftawa12.html


 

Comments