BAHAYA STRATEGI LICIK GOLONGAN KAFIR!!! MEMBERI SOKONGAN KEPADA GOLONGAN ISLAM LIBERAL DENGAN NIAT JELAS UNTUK MEMECAH- BELAHKAN UMAT ISLAM
Kewujudan golongan Islam liberal membuktikan bahawa strategi golongan kafir untuk memusnahkan Islam mula membuahkan hasil. Dalam buku “Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies” menyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam maka mereka perlu memecah-belahkan umat Islam dengan memberikan sokongan kepada golongan Islam fundamentalis yang bakal melahirkan Islam radikal.
Di bahagian lain, kerajaan Amerika memberikan sokongan kepada kelompok Islam liberal. Dengan pembahagian umat Islam kepada golongan Islam fundamentalis dan Islam liberal disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, maka gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat dilihat dengan jelas.
Oleh sebab itu, sebagaimana para ulama salaf terdahulu, maka umat Islam perlu menghidupkan kembali manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menyebarluaskan pemahaman Islam yang sebenar kepada umat Islam keseluruhannya terutama di Malaysia. Penjelasan terhadap kekeliruan pemahaman yang terdapat dalam Islam fundamentalis mahupun Islam liberal perlu diurai sebaiknya supaya tidak ada pihak yang cuba memanipulasikan sesebuah pemahaman denganmenggunakan nama ‘Islam’ sebagai ‘umpan’ untuk ‘memancing’ umat Islam ke arah ideologi yang terpesong itu.
Sumber: Buku Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment