BAHAYA SYIAH MEMANIPULASIKAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM!!! MASYARAKAT DAN MEDIA PERLU BETULKAN PERSEPSI BAHAWA SYIAH BUKANLAH SEBAHAGIAN DARIPADA MAZHAB DALAM ISLAM KERANA PEGANGAN ASAS AKIDAHNYA TERNYATA SESAT


Sudah acap kali diwacanakan bahawa Syiah bukanlah salah satu mazhab di dalam agama Islam. Namun, masyarakat Islam atau penulisan di media masih lagi nampak terkeliru dengan status Syiah ini. Pegangan asas akidah Syiah ternyata tidak menepati syariat dan jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Banyak contoh yang boleh dibuktikan kesesatan Syiah, antaranya termasuklah menghina mencaci Para Sahabat Nabi SAW, taksub terhadap Saidina Ali sehingga mengagungkannya, memuja kubur Imam mereka untuk mendapat syafaat, menolak beramal dengan al-Quran malah mempunyai kitab suci tersendiri dan sebagainya. Jika asas akidahnya adalah salah, maka bagaimana Syiah boleh dikatakan sebahagian daripada Islam?
     
Baru-baru ini, pemilik akaun Facebook ‘TOKAYAH HAJI’, Mohd Kamil Zuhairi, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Syiah Imamiyyah (Ja’fari) tempatan telah didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Barat berhubung perhimpunan pengikut aliran Syiah berkumpul di hauzah (rumah ibadat Syiah) sempena Hari Asyura. Menurut kepercaayaan Syiah, sambutan ini adalah sempena mengenang kematian cucu Nabi SAW, Hussain, di Karbala dan atas ketaksuban terhadap ahlul bait dan keluarga Saidina Ali, maka mereka menyambutnya dengan penuh duka dan ‘bermandi darah’. Ritual mencederakan badan dengan senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan yang parah, disamping mengalunkan lagu-lagu senikata yang menggambarkan memperingati Husain adalah cara pengikut Syiah menyambut Hari Asyura ini.

Justeru itu, adalah tindakan yang tepat tatkala pihak berkuasa agama mendakwa pengikut Syiah yang terlibat sedemikian. Syiah di Malaysia juga telah difatwakan sesat, namun mengapa lagi masih wujudnya penyebaran ideologi Syiah secara nyata terutamanya di medium media sosial? Umat Islam harus sedar bahawa kepercayaan Syiah ini adalah satu pegangan yang karut dan tidak patut diamalkan oleh umat Islam kerana sudah jelas bukan itu yang menjadi amalan Rasulullah SAW. Sedangkan agama Islam adalah agama rahmat bagi sekalian alam yang melarang umatnya daripada membinasakan dan mencederakan diri sendiri demi mendapat ganjaran dan keredhaan Allah SWT. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MAC 2023, Majlis Agama Islam Selangor dan Malaysia Kini – 21 MAC 2023


 

Comments