KEJAHILAN MINUM ARAK DENGAN BACAAN BASMALAH!!!PERBUATAN MELAMPAU YANG MENGHINA ISLAM DAN TANPA DISEDARI MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI
Pada zaman sekarang sememangnya pelbagai ideologi dan fahaman yang memesongkan umat Islam adalah tidak asing lagi. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat seorang individu yang pada zahirnya adalah Islam namun tidak mengamalkan kepercayaan dan amalan seperti mana yang disyariatkan, maka suasana itu bukan perkara yang menghairankan. Disebalik suasana itu ianya telah menampakkan betapa parahnya akidah umat Islam pada masa kini yang dilihat semakin hanyut dengan perkara-perkara duniawi tanpa memikirkan batas-batas agama.
Sebagai contoh, baru-baru ini tular di aplikasi tiktok yang memperlihatkan seorang individu Melayu-Islam sedang meminum arak dimulai dengan bacaan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) di hadapan khalayak ramai sambil memuat naik tindakannya itu di laman sosial. Perasaan bangga yang dipamerkan oleh individu tersebut sangat melampau dan boleh dikategorikan sebagai tindakan yang menghina Islam.
Disebalik kejadian ini dapat disimpulkan bahawa golongan Barat yang menyusup masuk fahaman seperti ateis, liberal dan sebagainya nampaknya telah berjaya mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup anak muda Islam sepertimana kehidupan Barat. Rasa untuk bebas dan pemahaman salah terhadap perintah agama Islam yang konon dikatakan mengongkong kehidupan mereka sering menjadi alasan mereka untuk tidak mengikuti perintah agama Islam yang sebenar.
Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa segala ilmu datangnya daripada ilmuwan Islam, tetapi tokoh-tokoh Barat yang mencedok idea dan menjenamakan semula. Apa yang pelik, segala rujukan khususnya di bidang akademik semuanya merujuk kepada tokoh Barat. Sedarlah sebenarnya golongan terpesong inilah yang ketinggalan, mereka tidak belajar sejarah, hanya mengikut sahaja Barat ibarat 'lembu dicucuk hidung'.
Justeru itu, satu sahaja pesanan yang ingin dititipkan. Mengapa perlu menjadi lembu? Jadilah penggembalanya yang memandu ke arah kebenaran. Kuatkan akidah, carilah kebenaran untuk lebih dekat dengan agama bukannya mencari alasan untuk menjauhi agama atas alasan ingin hidup bebas.
Sumber: tiktok @mnoe_daa1 dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia - MAC 2023
Comments
Post a Comment