KEJAHILAN UMAT ISLAM YANG MENGAKU ATEIS!!! MEREKA TIDAK SEDAR SEBENARNYA PEMIKIRAN MEREKA YANG KOLOT KERANA MUDAH ‘DIJAJAH’ OLEH IDEOLOGI BARAT


Saban hari ada sahaja fahaman sesat yang cuba mempengaruhi mentaliti masyarakat sama ada kepada golongan yang berpelajaran atau tidak berpelajaran. Salah satunya adalah fahaman ateisme yang lahir daripada gejala negatif dan secara jelasnya jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Fahaman ateisme yang tidak mempercayai Tuhan itu apabila disebarkan secara langsung boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan harmoni dalam kepercayaan beragama masing-masing.

Kelemahan pegangan iman kepada Allah SWT, kurang didikan agama, terlalu mementingkan diri, material dan nafsu, bangga dengan darjat keturunan sehingga sanggup mengasingkan agama dari kehidupan menjadi antara faktor pemikiran umat Islam mudah dipengaruhi oleh fahaman ateis. Mereka akan menggunakan pelbagai cara antaranya medium media sosial dan mengagungkan gaya hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam. Hasilnya kita dapat lihat secara jelas berapa ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi sayangnya pemikiran ‘dijajah’ oleh Barat.

‘Penjajahan’ Barat melalui fahaman negatif ini yang membawa kepada perubahan-perubahan seperti gaya hidup, persepsi terhadap agama dan konsep ketuhanan menunjukkan bahawa individu itu adalah lemah kerana mudah terpengaruh dengan hal duniawi yang bersifat sementara. Mereka yang sebenarnya mundur dan kolot kerana tidak mampu untuk menetapkan pendirian dengan pegangan agama yang telah diterapkan semenjak kecil. Baru sahaja pihak Barat atau golongan yang memusuhi Islam memainkan ‘wayang’ mereka, anda sudah terpengaruh.

Justeru itu, tetapkan iman, jangan dipedulikan perkara yang jelas menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semua pihak juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi cabaran akidah yang semakin meruncing di akhir-akhir zaman ini. Tanpa peranan dan kesatuan semua pihak, nescara kita sukar untuk memelihara kesucian agama dan kesejahteraan umat Islam di negara ini. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


 

Comments