KEKEJIAN BARAT MEMPERAGAKAN BAJU BERTEMAKAN NAMA ALLAH!!! PROVOKASI GOLONGAN KAFIR MENGHINA AGAMA ISLAM SECARA SENGAJA MERUPAKAN TINDAKAN MELAMPAU LAKNATULLAH UNTUK MENJATUHKAN ISLAM
Setiap manusia bebas untuk mengamalkan kefahaman atau amalan agama masing-masing. Namun tindakan memprovokasi dan memanipulasikan masyarakat beragama yang lain dianggap sebagai cubaan untuk memberikan tentangan dan ancaman terhadap sesebuah agama. Sebagai contoh di Festival Fesyen Melbourne, golongan Barat dengan beraninya memperagakan baju dengan tulisan ‘Allah Yamshi Maani’ (Allah berjalan bersamaku).
Meskipun penganjur telah memohon maaf, namun bukan mudah untuk umat Islam melupakan perkara ini. Tiadanya sifat sensitif dalam menyentuh perkara yang sudah tentunya memberikan implikasi buruk kepada masyarakat Islam dan mampu membangkitkan semangat khususnya golongan ‘radikal Islam’ untuk melawan provokasi tersebut melalui peperangan kononnya atas nama ‘jihad’ bakal menyebabkan huru-hara dan ancaman keselamatan di seluruh dunia. Ambillah iktibar dari tragedy 9/11. Perkara seperti ini tidak seharusnya berulang kembali kerana memberi kesan yang dahsyat bukan sahaja dari segi nyawa, malah ekonomi, politik dan sosial.
Justeru itu, umat Islam janganlah terpedaya dengan provokasi dan manipulasi golongan kafir laknatullah itu. Sesungguhnya kita diam bukan beerti kita kalah, cuma tidak mahu ‘membalas’ provokasi tersebut kerana itulah yang membezakan adab sebagai seorang yang beragama Islam dengan kejahilan golongan kafir. Tindakan ganas untuk membalas perbuatan mereka juga bukanlah satu solusi yang baik, sebaliknya umat Islam harus bersatu-padu untuk membantah dan menyelesaikan isu ini dengan cara yang penuh berhikmah. moga dengan kelembutan ini dapat ‘mencairkan’ hati-hati mereka yang keras seterusnya membuka mata terhadap keindahan Islam.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MAC 2023 dan Tiktok @randominfos
Comments
Post a Comment