KEMPEN “JOM ZIARAH GEREJA” MERUPAKAN SUATU TINDAKAN YANG MELAMPAU!!! GERAKAN KRISTIANISASI MULA BERANI MENGGUNAKAN MEDIUM POLITIK UNTUK MENYEBARKAN DAKYAH KRISTIAN SECARA HALUS KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam adalah tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Fasal itu memberi kuasa kepada negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal penyebaran agama lain kepada orang Islam sama ada melalui pujukan, membawa atau mengajak orang Islam keluar dari agamanya termasuklah melalui dakyah, perkahwinan dan lain-lain.
Sebagai contoh baru-baru ini terdapat sebaran di Instagram ‘Impact Malaysia’ yang dimiliki oleh sebuah badan NGO, Agensi pembangunan belia di bawah kawal selia Kementerian Belia & Sukan (KBS) telah mengiklankan Projek Artikel 11: “Jom Ziarah” Gereja bertempat di sebuah gereja di Klang dan penyertaan program ini terbuka kepada belia bukan Kristian. Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan yang boleh mengeruhkan hubungan antara agama khususnya melibatkan sesintiviti agama-agama di Malaysia.
Biarpun Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan bahawa program tersebut bukan bertujuan untuk memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata dan tidak melibatkan individu Islam, sebaliknya bagi mengenali perbezaan yang ada dalam kalangan masyarakat berbilang agama. Namun perkara ini masih tidak boleh diterima oleh masyarakat Islam di dalam negara yang diiktiraf sebagai agama rasmi Persekutuan kerana sebaran tersebut dianggap telah melanggar Perkara 11(4) yang dibaca bersama dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.
Pada masa yang sama, kenyataan Hannah Yeoh yang menyatakan usaha projek ini adalah untuk mengenali perbezaan agama yang ada sepatutnya sama sekali dibantah keras kerana ianya merupakan bibit-bibit yang mampu mempengaruhi pemikiran umat Islam yang rapuh imannya terbuka minda dan hati untuk mengenali dan mendalami ajaran Kristian. Pengaruh pemikiran liberal yang melanda pemahaman masyarakat Islam sekarang juga yang memandang remeh perkara seperti ini sudah tentu menyambut usaha ini dan rela menjadi ‘belia bukan Kristian’ kononnya bersikap terbuka untuk mengenali ajaran lain.
Justeru itu, sedarlah umat Islam dengan dakyah golongan Kristianisasi yang mula berani menggunakan pengaruh rasmi iaitu melalui platform politik untuk menyebarkan dakyah Kristian secara halus tanpa disedari ianya membuka ruang ‘was-was’ terhadap syariat Islam dan memanipulasikan pemikiran khususnya kepada umat Islam yang lemah imannya. Belajarlah al-Quran dan dalamilah ilmu-ilmu akidah Islam terlebih dahulu adalah lebih baik untuk meningkatkan keimanan dan kepercayaan terhadap Allah SWT serta syariatnya daripada menghabiskan waktu menghadiri program yang mengarut sepertimana anjuran NGO di bawah KBS tersebut.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Cetre Malaysia- 2023 dan Edisi 9 – 14 MAC 2023
Comments
Post a Comment