MENGERJAKAN IBADAH UMRAH HANYA KERANA “TREND” DAN BUKAN UNTUK BERTAUBAT SESUNGGUHNYA KERANA ALLAH SWT JANGAN MUNAFIK TERHADAP AGAMA ISLAM!


Di dalam sebuah video Facebook yang dimuatnaik oleh seorang pendakwah bebas dan pakar kaji hadis, Dr. Kamilin Jamilin di mana beliau ada menegur tentang sesetengah pihak tertutama sekali sebahagian orang yang mempunyai pengikut ramai di media sosial (influencer)  dan juga pengasas produk hari ini yang menjadikan ibadah umrah bukan sebagai satu peluang yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk beribadah tetapi sebaliknya menjadikan ianya sebagai sebuah “trend” untuk “content” media sosial mereka menunjuk-nunjuk atau lebih tepat lagi riak. 

“Trend” ini sangat merisaukan dan dikhuatiri mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ini kerana sebahagian daripada mereka menggunakan peluang yang ada untuk mempromosikan produk-produk keluaran mereka. Untuk kelihatan produk mereka seperti barakah, mereka mengambil gambar produk berlatarbelakangkan kaabah seolah-olah produk mereka berkesan dan selamat untuk digunakan oleh para pembeli. Tidakkah perbuatan ini seperti menunggang agama sendiri? Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulu dan mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia dan mereka tersesat daripada jalan yang lurus." (QS al – Maidah: 77).

Mengerjakan ibadah umrah itu adalah pengalaman yang sepatutnya digunakan sesungguhnya oleh para Muslim untuk beribadah sepenuhnya kepada Allah SWT. Ini kerana ianya adalah medan keinsafan buat Islam dalam meraih keampunan dan keredhaan Allah SWT di atas segala dosa-dosa yang dilakukan. Jangan kerana mempunyai kewangan yang lebih maka kita terikut-ikut dengan “trend” umrah yang boleh dikatakan hanyalah sekadar bersiar – siar dan bukannya beribadah. Ibadah umrah adalah “jemputan” yang kedua terbesar dari Allah SWT selepas ibadah haji, mengapa kita tidak mahu memanfaat sepenuhnya?

Hormatilah agama Islam iaitu agama kita sendiri. Janganlah memperlekehkan agama Islam dengan sikap menunggang agama demi meraih populariti kerana ianya bukanlah sikap orang-orang Mukmin. Allah SWT berfirman:

“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.” (QS al – Hajj: 32).

Sumber: Facebook page: Dr. Kamilin Jamilin
(https://www.facebook.com/1743258955902336/videos/208740515147023/)


 

Comments