PENJUALAN KOMIK ‘KITAB INJIL’ SECARA BERLELUASA SEBAGAI JARUM HALUS UNTUK MEMPENGARUHI MUSLIM ISLAM KINI DIAMBANG BAHAYA, SELAMATKAN AKIDAH KITA


Belum pun reda kontroversi filem ‘Mentega Terbang’ dan juga kontroversi program ziarah gereja, kini umat Islam diuji lagi dengan satu kontroversi di aplikasi TikTok di mana satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna yang menunjukkan satu ‘kitab injil’ versi komik dijual secara berleluasa di sebuah kedai. Dikhabarkan bahawa komik itu dijual sekitar harga RM2 dan diletakkan di antara susunan buku yang khas untuk kanak-kanak.

Nauzubillahiminzalik! Jarum halus golongan liberal dan mubaligh Evangelis Kristian sudah mula menjalankan kerjanya untuk mempengaruhi umat Islam agar berfikiran seperti mereka yang bebas. Ini satu perkara yang amat merbahaya kerana akidah umat Islam bakal diracuni oleh dakyah-dakyah Kristian walaupun hanya sekadar melalui komik. Lalu apa tindakan kita? Agama Islam kini diancam bahaya, umat Islam diserang secara halus dengan fahaman dan dakyah agama lain. 

Sebagai umat Islam yang taat akan ajaran Islam dan berpandukan al – Quran dan As – Sunnah, kita hendaklah sentiasa menjaga iman dan agama kita. Akidah adalah perkara yang amat penting dan sensitif dalam agama Islam. Ia tidak boleh dipersendakan atau dipermain-mainkan sama ada dengan hati, perkataan mahupun perbuatan. Tidak diragukan lagi bahawa mempersenda atau mempermain-mainkan perkara agama adalah satu dosa dan dan boleh membawa kepada terkeluar daripada agama Islam (murtad) jika tidak bertaubat. Firman Allah SWT:

''Dan sesiapa antara kamu yang murtad daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia dalam keadaan kafir maka sia-sialah amalan mereka yang baik-baik di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.'' (QS Al – Baqarah: 217).

Justeru sebagai umat Islam di akhir zaman ini, kita hendaklah sentiasa memperteguhkan iman kita dengan sesungguhnya tanpa dipengaruhi oleh sedikit pun propaganda yang cuba mahu menyesatkan umat Islam pada hari ini. Mohonlah pada Allah SWT agar kita tidak disesatkan dengan dakyah-dakyah agama lain yang boleh menjejaskan akidah dan keharmonian ukhuwah sesama umat Islam. Allah SWT berfirman:

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.'' (QS Ali ‘Imran: 85).

Sumber: Pelita Brunei (26/12/2015)


 

Comments