ROAD TO RAMADAN - 9 PERSIAPAN MENJELANG RAMADAN BUAT RUJUKAN UMAT ISLAM


Berbaki seminggu lagi kita akan menuju ke bulan Ramadan, bulan yang berkat dan penuh rahmat. Sebagai seorang Muslim yang bakal melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa selama sebulan, apa persiapan yang kita telah lakukan?  Antara doa yang tidak lekang di bibir Nabi SAW dan diajarkan kepada kita ialah:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah (berkatilah) kami pada bulan Ramadan." 

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Musnad Imam Ahmad ini, dapat difahami bahawa 'persediaan' sebelum tibanya bulan Ramadan adalah lebih penting berbanding 'menyambut' kedatangan bulan itu sendiri, sehingga Baginda SAW menuntut kepada kita supaya mengamalkan doa terbabit bermula daripada bulan Rejab dan meneruskannya sehingga Ramadan tiba. Untuk menyambut bulan yang mulia ini dan juga menunaikan ibadah puasa dengan sepenuhnya, sudah sewajarnya kita memerlukan persiapan yang rapi. Apa persiapannya? Mari kita lihat:

1) Meningkatkan keimanan diri. Persediaan yang paling asas untuk Ramadhan adalah persediaan untuk iman. Persediaan dalam iman boleh dilakukan dengan mula mengamalkan kawalan tabiat buruk harian. Ini boleh dilakukan dengan cara yang mudah seperti memastikan solat lima waktu tidak pernah kosong.

2) Persediaan fizikal dan jasmani untuk puasa. Jaga keadaan fizikal dan jasmani mulai sekarang dengan mengurangkan tabiat tidak sihat seperti berjaga malam dan makan makanan yang tidak sihat serta mulakan bersenam dengan lebih kerap. 


3) Mendalami Ilmu dan ilmu agama. Belajar tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh umat Islam di bulan Ramadan. Belajar juga tentang cara ibadah yang baik dan betul.

4) Membudayakan amalan bersedekah. 


5) Persediaan keperluan Ramadhan harian.

6) Membersih persekitaran.


7) Persediaan mental. Sambutlah bulan Ramadhan dengan jiwa yang bersih dan rasa ikhlas. Jiwa dan mentaliti kita hendaklah dipersiapkan dengan penuh keimanan dan keikhlasan atau keikhlasan dalam beribadah.

8) Menyediakan peralatan beribadah. Perkara yang sangat penting untuk di sokong dalam pengukuhan iman di bulan Ramadan ialah kehadiran kelengkapan ibadah yang dipenuhi. 


9) Banyakkan berbuat baik.

Oleh yang demikian, mulai sekarang adalah waktu yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengulangkaji semula hukum-hukum mengenai amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah dengan berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan tiba supaya puasa kita benar-benar diterima dan mendapat ganjaran oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari dan Muslim).

Sumber: Harian Metro (8 Mac 2022)

Comments