BERHATI-HATILAH!!! SYIAH MANIPULASI SYARIAT BERPUASA UNDANG BAHAYA PADA AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan kerana setiap amal ibadah yang dilakukan akan dilipat-gandakan pahalanya oleh Allah SWT.  Pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam Ramadhan termasuklah bulan diturunkanNya Kitab Suci al-Quran, bulan dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup pintu neraka, bulan yang terdapat di dalamnya malam seribu bulan (Lailatul Qadar) dan sebagainya. Oleh sebab itu, bulan Ramadhan ditunggu-tunggu oleh umat Islam dan melipat-gandakan amalan ibadah masing-masing. 

Namun, lain pula yang diamalkan oleh golongan Syiah berbanding dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Bulan Ramadhan ini. Antara perbezaannya termasuklah:
1- Bulan Ramadhan bukan bulan istimewa untuk beribadah
- keghairahan Syiah hanya hanya menyambut bulan Muharram dan  Syaaban. Mereka tetap berpuasa tetapi bukanlah bulan untuk rajin beribadah.
2- Melambatkan waktu berbuka
- Mereka akan berbuka apabila hari benar-benar gelap iaitu di saat awan merah di ufuk telah menghilang dan bintang mulai terbit. Amalan yang dipraktikkan Syiah ini sama sebagaimana kebiasaan orang Yahudi dan Nasrani.
- Sebelum berbuka juga, mereka melaksanakan solat maghrib terlebih dahulu yang dijamakkan dengan solat isyak. Bagi Syiah, solat dalam keadaan berpuasa pahalanya lebih besar.

3- Tidak sesekali menunaikan solat sunat terawih
- Syiah menganggap solat terawih adalah bid’ah. Malah menyebut bahawa Rasulullah SAW tidak pernah menunaikannya tetapi ianya adalah ajaran Saidina Umar al-Khattab. Disebabkan mereka membenci Saidina Umar r.a, maka mereka menolak solat terawih dan mendakwa siapa yang melakukannya sama halnya menjadikan Umar sebagai nabi. Sebagai gantinya mereka mengadakan ceramah atau pengajian yang berlangsung sehingga malam.

4- Wajib berbuka ketika bermusafir
- Sesiapa yang bermusafir, maka puasanya terbatal kerana dia wajib berbuka. Jarak perjalanan juga tidak perlu dua marhalah, cukup jarak paling dekat. Contohnya, melintasi jambatan yang memisahkan dua perkampungan sudah dianggap musafir dan wajib berbuka. 

5- Tidak melakukan solat aidilfitri secara berjemaah
- Hanya menunaikan solat aidilfitri secara sendirian selama belum ada imam maksum. Imam maksum adalah dirujuk pada imam kedua belas Syiah yang dikatakan masih ghaib. 
- Hari raya aidilfitri juga bukanlah hari raya yang paling utama bagi Syiah, tetapi adalah Idul Ghadir Khum yang disambut pada tanggal 18 Zulhijjah.

Terdapat banyak lagi perbezaan yang ketara dari segi akidah yang diamalkan oleh golongan Syiah ini. Ternyata ianya menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi mengapa lagi masih perlu akui Syiah ini adalah sebahagian daripada Islam? asasnya juga sudah salah. Di Malaysia juga telah memfatwa haramkan bagi sesiapa yang mengamalkan ajaran Syiah. Justeru itu, berhati-hatilah supaya tidak terpengaruh dengan apa jua ideologi yang cuba dimanipulasikan oleh Syiah.

Sumber: Jurnal Akidah dan Falsafah Islam, UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta dan MindaKini.Com


Comments