ISLAMOPHOBIA EKSTREM PADERI HINDUTVA TERHADAP UMAT ISLAM!!! MENYERU PENGANUT HINDU MENGUASAI MEKAH BAGI MELEMAHKAN PENGUASAAN AGAMA ISLAM
Baru-baru ini tular sebuah video ucapan Paderi Hindutva terkemuka di India, Yati Narsinghanand Saraswati, menyeru kepada penganut Hindu seluruh dunia bersatu-padu merampas Mekah dan menakluki Kaabah yang dikatakan sebenarnya adalah kuil Hindu. Seruan provokatif seperti ini sebenarnya bukanlah kali pertama berlaku, pada Disember 2021, seorang Paderi Hindutva turut membenarkan operasi membunuh umat Islam di mana sahaja ditemui.
Rentetan daripada itu, sememangnya suasana di India penuh dengan peristiwa yang mengancam keselamatan negaranya. Umat Islam ditindas, dicerca dan dihina di tempat awam menjadi satu perkara yang normalisasi. Kerajaan India juga dilihat tidak serius mengekang ideologi Hindutva yang mengembangkan doktrin membenci agama dan umat Islam sehingga satu tahap membenarkan membunuh umat Islam itu sendiri.
Namun, terdapat perbezaan yang perlu masyarakat tahu diantara Hindu dan Hindutva. Hindu atau Hinduisme ini adalah sebuah kepercayaan yang menyeru ke arah kebaikan, tidak menyeru keganasan terhadap masyarakat yang berlainan pegangan agama, mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan dan Dewi serta menolak sebarang perkara yang merosakkan diri mahupun orang lain. Hindutva pula adalah gerakan politik yang menyokong tindakan keganasan, menggalakkan ketidak toleransi, memupuk sifat benci terhadap agama lain. Walaupun hanya minoriti kumpulan Hindutva ini, namun misi kewujudannya jelas untuk memperoleh kekuatan politik.
Perkara ini sangat bahaya jika tidak disekat kerana dikhuatiri bakal merebak ke dalam negara memandangkan Malaysia mempunyai sejarah berlakunya provokasi dan ancaman keselamatan daripada ektremis Hindu seperti LTTE dan sebagainya. Diharapkan perkara ini tidak berulang semula bagi sama-sama menjaga keharmonian negara yang unik dengan kewujudan pelbagai kaum.
Justeru itu, umat Islam sama-samalah menadah tangan memohon doa bagi kesejahteraan khususnya bagi umat Islam di India, lancarkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap puak Hindutva yang mengganas, menggesa kerajaan India untuk menyekat kelompok Hindutva, menjamin hak muslim minoriti, memelihara kesucian agama Islam di India dan sebagainya. Sifat Islamofobia ektremis Hindutva yang melampau ini sehingga mahu mengganggu-gugat kesucian Kota Mekah dari umat Islam demi menjatuhkan Islam dianggap sebagai biadab dan provokasi ini dikhuatiri menjadi cetusan kepada tindakan keganasan yang lain di seluruh dunia. Perkara ini seharusnya juga tidak dipandang sepi oleh umat Islam, sentiasalah bersatu-padu dalam memelihara agama Islam, kuatkan akidah, tingkatkan ilmu kerana untuk beradu dengan musuh Islam bukan hanya melalui kekuatan tetapi juga boleh melalui psikologi dan tingkahlaku yang baik.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- APR 2023, KITA Reporters -9APR 2023, BetweenMates.com – weblogographic.com – difference between Hinduism and Hindutva
Comments
Post a Comment