WASPADALAH!!! STRATEGI KELOMPOK PELAMPAU KRISTIANISASI MENGGUGAT AKIDAH UMAT ISLAM


Kemasukan ideologi-ideologi pelampau yang menentang Islam bukanlah suatu perkara yang baru. Sejak tercetusnya isu penyalahgunaan nama suci Allah, gerakan pelampau Kristianisasi sudah menjadi ancaman keselamatan yang serius. Hatta, suatu ketika Pastor Ramiro Pena pernah membuat perjumpaan sulit dengan pastor-pastor gereja, mereka mengangkat ikrar untuk tegakkan negara Kristian di Malaysia.

Kumpulan kertas kerja Persidangan Kairo semenjak pada tahun 1906M telah mengeluarkan satu kertas kerja bertajuk “Cara-cara menyebarkan ajaran Kristian di kalangan umat Islam. Zwemer, missionari dari Amerika, menyusun sebuah buku yang merupakan kumpulan dari beberapa rumusan tentang kaedah penyebaran ajaran Kristian. Buku tersebut berjudul ‘Dunia Islam Dewasa ini’. Buku ini mengulaskan kaedah-kaedah praktikal untuk berhubung dengan bangsa-bangsa bukan Kristian dalam usaha untuk menarik mereka kepada agama Kristian serta langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap mubaligh Kristian. 

Selain itu, (1) Sejarah Missionarisme karya Edwin Bulls, mubaligh protestan, (2) buku Mr. Fardner yang membincangkan cara-cara untuk menyebarkan ajaran Kristian, mendedahkan halangan-halangan yang bakal dihadapi dan cara-cara menyelesaikannya, (3) Ensiklopedia Islam dan Ikhtisarnya yang telah diterbitkan dalam pelbagai Bahasa moden, (4) Majalah Masehi Timur, (5) Majalah Missionari Kristian Protestan dan sebagainya. Perkara ini merupakan strategi-starategi untuk menganggu-gugat akidah umat Islam dan mendatangkan kekeliruan terhadap syariat Islam dengan tujuan untuk memurtadkan umat Islam. 

Hal ini menunjukkan semenjak zaman dahulu kelompok pelampau Kristian ini sudah lama rancang, namun mengapa masih lagi umat Islam lalai dan terpedaya dengan modus operandi dan ideologinya? Seharusnya kita lebih berhati-hati dan menambahkan amalan serta ilmu supaya pada masa yang sama kita dapat menangkis ideologi-ideologinya dengan fakta sepertimana yang disyariatkan Islam. sedarlah, bahawa kekuatan Islam terletak pada akidahnya, jagalah akidah dan syariat Islam, nescaya selamat dunia akhirat.

Sumber: Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran


 

Comments