AWAS MANIPULASI IDEOLOGI HIZBUT TAHRIR!!! PEGANGAN TERHADAP HADIS DHOIF BERKENAAN KEWAJIPAN MENEGAKKAN KHILAFAH ISLAMIAH DAN MENGHUKUM KUFUR BAGI UMAT ISLAM YANG TIDAK BERBAI’AH MEMBUKTIKAN BAHAWA HIZBUT TAHRIR PERLU DITOLAK

 

Ideologi Hizbut Tahrir menyarankan mengembalikan dan membentuk semula pemerintahan Daulah Islamiah (Negara Islam) yang dipimpin oleh seorang Khalifah bagi mewakili seluruh negara umat Islam. Mengikut kefahaman golongan Hizbut Tahrir, Rasulullah SAW menyebut akan berlaku peralihan kuasa di kalangan umat Islam dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah akan terbangun semula kerajaan Islam yang akan meneruskan jejak kenabian. Hadis ini menjadi hujah kepada Hizbut Tahrir ke atas kewajipan untuk membina Daulah Islamiah dan wajib berbai’ah (memberi perjanjian taat setia) kepada Khalifah dilantik. Mana-mana umat Islam yang ingkar dianggap kufur dan mati dalam keadaan yang jahil.

Namun, mengikut tafsiran sebahagian besar ulama, hadis yang menyentuh tentang kewajipan membentuk negara Islam berkhalifah bukan suatu hadis yang disepakati tentang kesohihannya. Sebahagian mereka mengkategorikan hadis tersebut sebagai hadis hasan dan ada yang mengkategorikannya sebagai hadis dhoif (lemah) kerana terdapat beberapa kecacatan pada rantaian perawinya dan juga percanggahan teks hadis. Malah terdapat hadis lain yang sama darjatnya atau lebih tinggi tarafnya yang menyebut tentang Khilafah Islamiah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Khilafah kenabian berlaku selama tiga puluh tahun, setelah itu Allah akan mendatangani kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki”. Menurut Dr. Ahmad ar-Rusaini, Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, hadis ini Nabi hanya menyebut khilafah kenabian itu berlaku selama tiga puluh tahun sahaja iaitu dua tahun di zaman Khalifah Abu Bakar, 10 tahun Khalifah Umar, 12 tahun Khalifah Uthman dan enam tahun Khalifah Ali. Nabi tidak menyebut tentang pemerintahan khilafah kali kedua. Menurut beliau lagi hadis tentang khilafah tersebut juga tidak mengandungi arahan atau larangan mengenai kewajipan umat Islam untuk membentuk kerajaan berkhalifah kali kedua.

Justeru itu, mengapa lagi perlu menyanggahi pegangan seperti mana yang telah disepakati oleh para ulama. Para ulama merupakan golongan yang paling layak untuk membincangkan isu berkaitan agama Islam, maka ikutilah ijtihad mereka dari mengikut hawa nafsu pegangan masing-masing. Sesungguhnya tidak ada makna sesuatu amalan ibadat itu dilakukan sekiranya ianya menyalahi syariat yang ditentukan Allah SWT. Jauhilah diri dari terpengaruh dengan ideologi Hizbut Tahrir.

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia


Comments