BERHATI-HATILAH DENGAN STRATEGI HALUS MISIONARI KRISTIANISASI!!! KESEMPITAN UMAT ISLAM BOLEH MENJADI TITIK PERUBAHAN KE ARAH KEMURTADAN JIKA AKIDAH GOYAH
Dakyah halus agenda Kristianisasi ke atas umat Islam seluruh dunia bukanlah suatu perkara yang dilakukan secara tersembunyi. Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh misionari Kristianisasi bagi mempengaruhi pemikiran dan memanipulasikan ayat-ayat al-Quran demi menggoyahkan akidah umat Islam dan akhirnya membuka ruang ke arah kemurtadan.
Kebanyakan kaedah yang digunakan sebenarnya telah diketahui umum, namun terdapat terlalu banyak strategi yang digunakan ini secara tersirat di mana ianya nampak neutral dan murni pada luarannya, namun sebaliknya gerak kerja seperti ini berjaya memperoleh simpati dan sokongan daripada umat Islam sendiri. Contohnya mereka akan berselindung disebalik misi kemanusiaan, menjalankan aktiviti kebajikan di tempat-tempat yang dilanda bencana, membangunkan pusat-pusat jagaan seperti rumah perlindungan untuk warga tua, pesakit kronik, gelandangan, remaja bermasalah dan sebagainya.
Kadang-kala keadaan kehidupan seseorang yang mendesak ini boleh menggugat pegangan akidah seseorang dan akhirnya lebih memudahkan dakyah-dakyah Kristianisasi untuk menyerapi diri. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak dianggap baik orang yang meninggalkan dunianya kerana akhirat dan tidak jua orang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya. Sehinggalah mereka memperoleh kedua-duanya sekali”. Rasulullah SAW juga bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin…”. Apakah hikmah disebalik pesanan Rasulullah ini?
Apa yang boleh disimpulkan ialah dalam keadaan apa sekalipun di dunia ini, biarlah seimbangkan dunia dan akhirat. Janganlah terperangkap dalam keadaan mendesak kerana kecenderungan untuk terpengaruh dengan anasir-anasir negatif itu tinggi. Sekalipun berada dalam keadaan fakir miskin, maka jadilah si fakir yang taat dan si miskin yang beribadat kepada Allah SWT. Kerana pastinya kamu dijanjikan syurga sebagai ganjaran terhadap ujian dan berkat kesabaran mereka di dunia dalam menempuh kesulitan tersebut. Sesungguhnya janji Allah itu adalah suatu yang pasti.
Sumber: Kertas Kerja ‘Forum on Religion and Public Life’ dan Lembaga Zakat Selangor
Comments
Post a Comment