BERHATI-HATILAH STRATEGI HALUS GERAKAN YAHUDI DAN KRISTIANISASI!!! MEREKA SUDAH LAMA RANCANG, UMAT ISLAM SAHAJA YANG LALAI DAN MASIH TERLENA DIULIT MIMPI
Sejarah permusuhan Yahudi terhadap Islam telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan zaman awal penyebaran Islam. Setelah gagal menyekat perkembangan Islam secara zahir dengan sikap kedengkian dan permusuhan, mereka cuba merosakkan Islam dari dalam dengan cara menukar agama ke agama Islam dan menjadi munafik dengan tujuan supaya selamat dari dibunuh dan supaya dapat mencari rahsia kaum Muslimin dan merosakkannya dari dalam.
Kemudian, setelah memeluk Islam mereka keluar dengan tujuan menimbulkan fitnah dan menggoyangkan kepercayaan orang-orang beriman. Sehingga kini, pelbagai perancangan disusun dan dilaksanakan bertujuan meruntuhkan agama Islam. Tidak dinafikan bahawa wujud dalam lipatan sejarah hubungan baik, mesra dan kasih sayang antara Muslim-Kristian dan Yahudi. Namun, al-Quran telah mengingatkan kita keinginan dan sikap negatif mereka terhadap Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 135, bermaksud:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
Permusuhan Kristian terhadap Islam pula bukanlah suatu yang baru dan bermula dengan peristiwa 11 September 2001 dan sebagainya, akan tetapi ia telah bermula lebih awal. Kemuncaknya, Peperangan Salib pada kurun ke-11 di mana syiarnya ialah “Penghapusan Terhadap Islam” dan pembebasan Palestin daripada pemerintahan Islam. Kekecewaan demi kekecewaan timbul akhirnya peperangan dan serangan persenjataan dihentikan dan digantikan dengan serangan pemikiran. Maka wujudlah gerakan Kristianisasi yang tujuan utamanya bukanlah semata-mata mengeluarkan Muslim dari Islam dan membawa mereka masuk ke dalam agama Kristian. Namun juga untuk menyelewengkan fahaman umat Islam, mengkafirkan dan membinasakan anutan mereka.
Sumber: Jurnal Hadhari, Vol. 5(2) – JAKIM – Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments
Post a Comment