BOIKOT PARTI GANG BANG JB!!! SERANGAN PEMIKIRAN BARAT BERIDEOLOGI LIBERAL SEMAKIN PARAH MENGUASAI MASYARAKAT MALAYSIA

 

Pada ketika ini tular di media sosial berkenaan sebuah poster ' Gang Bang JB Party' yang akan diadakan di Johor Bharu. Parti ini mengajak orang ramai tidak mengira kaum, agama dan jantina bersosialisasi bersama-sama dengan terma dan syarat yang mencenderongkan ke arah seks bebas.

Perkara ini membuktikan bahawa serangan pemikiran iaitu serangan yang bukan berbentuk fizik, tetapi mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan 'brain wash' atau 'thought control' atau 'ideological reform'. Disebabkan serangan pemikiran ini tidak menggunakan senjata, tidak berbentuk kekerasan dan lebih kepada hiburan, kepuasan dan kepentingan diri, maka ramai pihak yang telah terpengaruh dengan serangan pemikiran berideologi liberal dan tanpa sedar telah terpedaya dan mengambil ringan isu ini.

Persoalannya, bagaimana penganjuran parti yang tidak bermoral ini boleh mendapat kelulusan untuk dianjurkan di negara yang majoritinya Islam? Belum lagi dibicarakan berkenaan kelulusan penganjuran konsert kumpulan 'Coldplay' yang bakal diadakan di Kuala Lumpur, sedangkan secara terang-terangan kumpulan tersebut menyanjung tinggi budaya songsang LGBT. Dua isu ini secara jelasnya bukan sahaja ianya melanggar syarak, malah melanggar fitrah dan budaya normalisasi masyarakat di Malaysia. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Inilah yang dikatakan sebagai 'ghazwu al-Fikri' iaitu serangan yang ditujukan kepada pemikiran Islam yang berasal dari Barat atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap agama dan umat Islam.

Justeru itu, para pemimpin diseru untuk menjalankan tanggungjawab menyekat kelulusan penganjuran konsert atau apa-apa parti yang secara terang-terangan menyalahi syarak, adab dan normalisasi masyarakat Malaysia. Begitu juga pihak-pihak berwajib yang lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya diseru untuk menjalankan amanah yang diberi dalam menjaga agama dan pada masa yang sama menjaga keharmonian dan keselamatan negara dari sebarang ancaman fizikal. Setiap lapisan masyarakat juga perlulah bermuhasabah diri kerana tanpa disedari kita telah termasuk dalam kelompok yang diserang pemikiran supaya berfikir dan bertindak sepertimana ajaran Barat yang memisahkan agama dari aspek kehidupan yang lain. Nauzubillahiminzalik. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia - MEI 2023, Bayan Linnas Siri 203 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Utusan Melayu - 24 MEI 2023


Comments