ISU PENGHINAAN AGAMA ISLAM!!! UMAT ISLAM PERLU MENJAGA ADAB KETIKA MENGHADAPI GOLONGAN TERSEBUT BAGI MENJAGA KEMASLAHATAN DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM



Perbuatan menghina agama Islam ini adalah merupakan isu sensitif sehingga mampu menjejaskan perpaduan dan keharmonian di dalam negara. Tambahan pula, Islam merupakan agama Persekutuan dan dianuti oleh lebih separuh populasi penduduk di negara ini. Disebabkan itu perbuatan mencemarkan kesucian dan memperlekehkan agama Islam boleh menimbulkan kemarahan dan protes daripada umat Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia. Ini dapat dilihat dengan merujuk isu kalimah Allah, dimana beberapa siri protes telah dilakukan oleh umat Islam di seluruh negara termasuklah di media sosial sebagai tanda bantahan kepada orang bukan Islam yang ingin menggunakan kalimah suci khusus untuk orang Islam. 


Namun begitu, bantahan yang dilakukan juga perlulah mempunyai adab. Benar mereka telah menghina tetapi cara balas tidak perlu sehingga untuk menghina agama mereka kerana itu menandakan tiada beza kita sebagai umat Islam dengan mereka bukan Islam. Islam sangat melarang seseorang itu mencela agama lain. Hal ini kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganutnya dan akan menyebabkan mereka bertindak balas dan mencela agama Islam kembali. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-An’am, ayat 108, bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau tanpa ilmu. 


Biarkan perbuatan tersebut (cacian) terdapatnya kemaslahatan (kebaikan) iaitu sebagai tindak balas kepada penghinaan agama Islam oleh orang bukan Islam, namun Allah SWT melarang kerana perbuatan mencaci sembahan kaum musyrikin mahupun agama mereka itu memiliki mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar daripada kemaslahatan yang terdapat padanya. Iaitu orang-orang musyrikin itu nanti akan membalas balik setiap cacian tersebut dengan cacian yang lain terhadap sembahan orang beriman yakni Allah SWT, sedangkan Allah SWT ialah Rabb yang tidak ada yang berhak disembah selain Dia.


Sumber: Kertas Kerja Pembangunan Model Baharu Pencegahan Penghinaan Agama Islam dan zulkiflialbakri.com #8 Penghinaan Terhadap Agama Islam

Comments