JANGAN TERPEDAYA DENGAN GOLONGAN LIBERAL !!! TANPA DISEDARI MEREKA TELAH MENGENEPIKAN SYARIAT DEMI MELUNASKAN HAWA NAFSU DAN KEPENTINGAN DIRI



Terdapat tiga bentuk kebebasan yang memperlihatkan keluasan ruang rangkuman wacana liberalisme. Pertamanya adalah kebebasan sosial, politik dan ekonomi. Konsep kebebasan ini merujuk kepada ketiadaan undang-undang atau perjanjian yang menghalang seseorang melakukan sesuatu. Selain itu, sekatan dengan adanya monopoli juga menghadkan pilihan seseorang untuk memilih dan bertindak.


Keduanya adalah kebebasan psikologi yang merujuk kepada konsep kehendak manusia yang diandaikan bebas daripada ‘iradat’, ‘kudrat’ dan ilmu Tuhan (qadariyyah, free will). Ketiganya adalah kebebasan moral apabila adanya kepercayaan bahawa seseorang boleh melakukan apa sahaja tanpa balasan dosa. 


Berikutan itu, liberalisme dalam konteks agama atau liberalisme agama boleh dirumuskan sebagai pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan. Ini bermaksud hubungan antara alam termasuk manusia dengan Tuhan perlu dibebaskan daripada kongkongan wahyu. Untuk tujuan itu, golongan liberal dalam agama telah menerima perubahan, malah cuba menghapuskan ajaran-ajaran tradisi agama agar hubungan Tuhan dengan manusia dan alam dapat ditafsirkan semula dalam bentuk yang lebih terbuka. Sebilangan Muslim nampaknya menerima pendekatan liberal ini dalam memahami Islam, sepertimana yang kita dapat lihat dalam kalangan golongan-golongan professional seperti ahli politik, akademik dan  beberapa NGO yang memperjuangkan ideologi liberalisme seperti Sistem In Islam, G25 dan lain-lain lagi.


Tanpa mereka sedari bahawa mereka sebenarnya terlalu mengikut hawa nafsu sehingga mengenepikan syariat demi kepentingan diri dan mengikut arus kemodenan yang percaya hanya pada rasional akal. 


Sumber: Jurnal Usuluddin, Vol. 40 -UPM

Comments