RANCANGAN PEMBINAAN PATUNG MAZU DI SABAH SEBELAH KAWASAN MASJID ADAKAH SATU PROVOKASI TERHADAP UMAT ISLAM?
Semenjak tahun 2006 lagi, rancangan pembinaan patung Mazu iaitu dewi laut mengikut kepercayaan masyarakat Cina sering kali menemui titik kegagalan. Sehingga baru-baru ini timbul semula cadangan pembinaan patung Mazu tersebut oleh pemimpin-pemimpin negeri termasuklah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Perkara yang menjadi persoalan adalah, mengapa cadangan tapaknya hendak dibina di sebelah masjid? Mengapa tidak dibina di sebelah mana-mana tokong ibadat yang melibatkan masyarakat Cina? sedangkan penganut Buddha adalah masyarakat minoriti dan tanah Sabah juga tidak mempunyai apa-apa sejarah yang melibatkan keterlibatan Budhha pada tanah negeri tersebut. Berlainan dengan kewujudan patung Buddha di Kelantan biarpun Kelantan diberi jolokan negeri Serambi Mekah. Kewujudannya disebabkan sejarah lampau Kelantan yang pernah diduki Siam. Maka, dimanakah kerelevanan pembinaan patung Mazu setinggi 33 meter itu kononnya sebagai tarikan pelancongan ke Kudat bersebelahan dengan tapak masjid?
Bukankah ini merupakan satu provokasi terhadap orang Islam? sememangnya sebagai warganegara Malaysia berasa bangga dengan keunikan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, etnik dan agama, namun tidak sesekali hak masyarakat minoriti dinafikan. Walau bagaimanapun, sensitiviti antara kaum perlulah dijaga kerana itulah kunci kepada keharmonian dalam masyarakat yang berbilang. Lagi pula, kecantikan pulau-pulau di Sabah telah menjadi penyumbang besar kepada industri pelancongan negeri dan menjadi tarikan utama pelancong untuk melancong ke Sabah. Maka, hujah pembinaan patung Mazu untuk tujuan tersebut tidak kukuh untuk dipertahankan lebih-lebih lagi cadangannya bersebelahan dengan kawasan masjid sangat tidak relevan.
Lebih mengecewakan apabila terdapat juga pemimpin beragama Islam yang menyokong idea tersebut. Tanpa disedari fahaman liberal telah meresapi minda sehinggakan dikaburi dengan kesan-kesan sampingan selepas pembinaan tersebut. Justeru itu, bagi menjaga keharmonian dalam sesebuah masyarakat khususnya masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, sensitiviti antara kaum amatlah ditekankan untuk dipelihara supaya peristiwa-peristiwa provokasi mahupun ancaman keganasan tidak berlaku. Bagi masyarakat minoriti, tidak salah untuk menjalankan ibadah masing-masing dan membina apa jua simbol yang melambangkan agamanya, namun biarlah kena pada tempatnya. Renung-renungkan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- MEI 2023 dan Berita Harian – 4 APR 2023
Comments
Post a Comment