WASPADA STRATEGI LICIK GERAKAN KRISTIANISASI TERHADAP MELAYU-ISLAM!!! AMBILLAH IKTIBAR DARI PERISTIWA PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU, JANGAN BIARKAN ‘PISANG BERBUAH DUA KALI’
Sejarah pendakyahan gerakan Kristianisasi di Tanah Melayu bermula semenjak penjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang-orang Melayu kurang berhasil, tetapi ianya dilihat amat berjaya dan memberi impak moral ke atas gerakan Kristianisasi dengan menjadikan penaklukan ke atas Kota Melaka ini sebagai membalas dendam terhadap kekalahan semasa berlakunya perang salib terdahulu.
Kemudian, apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman protestan. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis yang berfahaman Katolik ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi misi asal mereka untuk menjalankan pendakyahan Kristianiasasi terhadap penduduk tempatan (Melayu-Islam) dan hanya lebih berminat dalam urusan perdagangan.
Namun, apabila British datang ke Tanah Melayu, mereka datang dengan strategi yang lebih tersusun. Mereka menggunakan cara yang paling berhemah dan licik dengan banyak ‘berdiplomasi’ dalam penjajahan mereka. Pembukaan gereja Melayu pertama serta menyediakan tapak tanah perkuburan khas untuk orang Melayu Kristian membuktikan niat jahat gerakan Kristianisasi. Stamford Raffle ketika itu berusaha untuk membuka sekolah perempuan Melayu. kemudian meluluskan 500 ekar tanah rancangan yang mengumpul dan mengasingkan 50 keluarga Melayu untuk diberi kemudahan ekonomi dengan syarat menyerahkan anak-anak mereka masuk ke sekolah mubaligh.
Pengasingan ini adalah untuk memudahkan usaha memurtadkan anak-anak Melayu. Syarat-syarat ketat yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Melayu yang masuk ke sekolah ini antaranya ialah pengawasan oleh pentadbiran sekolah terhadap kanak-kanak mengatasi autoriti ibu bapa, para pelajar tidak dibenarkan keluar dari sekolah dan tidak dibenarkan langsung bercampur atau berkawan dengan kanak-kanak di luar komuniti terkawal dan mereka dikehendaki menghormati hari-hari kebesaran Kristian.
Begitulah sorotan bermulanya dakyah Kristianisasi terhadap masyarakat Melayu-Islam di Tanah Melayu yang seharusnya di ambil iktibar supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’. Justeru itu, jagalah iman, berpeganglah pada akidah, jauhilah anasir-anasir yang mencurigakan yang mampu menggugat pegangan kita terhadap agama Islam. ‘Janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah’. Renung-renugnkan.
Sumber: Dissertation – The Socio-Religious Identity and Life of the Malay Christians of Malaysia
Comments
Post a Comment