AWAS GOLONGAN ISLAM LIBERAL PERALAT UMAT ISLAM!!! HANYA MENGGUNAKAN NAMA ISLAM UNTUK ‘MENGHALALKAN’ PERBUATAN YANG JELASNYA BERTENTANGAN AGAMA DEMI MENCAPAI KEPUASAN DIRI
Gerakan Islam liberal sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun Barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir Barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.
Syed Naquib al-Attas berkata, cara pemikiran golongan Islam yang berfikiran liberal ini bergantung semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan dunia. Oleh sebab itu mereka tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berlindung disebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fiqah.
Mereka turut menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah SAW dan para sahabat serta ulama mujtahid. Bagi golongan Islam liberal, agama hendaklah disesuaikan dengan realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hukam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman dan arus kemodenan terkini, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.
Pegangan golongan Islam liberal ini mencerminkan jiwa yang tidak beriman kerana kecewa dengan agama. Ideologi ini mengakibatkan mereka sering berpandu kepada keraguan dan dalam proses ini falsafah telah diiktiraf sebagai alat utama menuntut kebenaran yang tidak tercapai. Pesongan akidah yang sangat jauh ini boleh dianggap bahawa Islam liberal tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada Islam, malah lagi mencemarkan nama baik Islam kerana telah memperalatkan nama Islam demi kepentingan sendiri dan duniawi.
Sumber: Buku Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal
Comments
Post a Comment