KEJAHILAN GOLONGAN ISLAM LIBERAL!!! TIDAK SEDAR MEREKA DIMANIPULASIKAN OLEH GOLONGAN BARAT YANG SEBENARNYA TELAH MENCEDUK IDEOLOGI ISLAM
Gerakan Islam liberal bukanlah satu fenomena baru, malah ianya telah pun wujud semenjak awal abad ke-19. Kononnya ia merupakan gerakan untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama.
Menurut Ulil Absar Abdalla, penulis Jaringan Islam Liberal di Indonesia, kemunculan Islam liberal untuk menjadi neraca bagi menyeimbangkan wacana kewajipan dan kebebasan dalam Islam. Baginya, diskusi berkenaan Islam terlalu dipenuhi dan didominasi oleh subjek fiqh, yang terlalu memberi penekanan soal kewajipan dan halal haram, sehingga mengecilkan ruang bagi perbincangan tentang hak asasi dan kebebasan.
Mereka turut menyanggah konsep penciptaan manusia untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan kerana konsep ini menggambarkan bahawa manusia dan Tuhan itu adalah berseteru. Seharusnya bagi mereka tujuan tertinggi penurunan agama ialah bagi mengangkat martabat manusia, bukannya Tuhan semata, jadi mengapa perlu mengabdikan diri.
Begitulah betapa terpesongkan pemahaman golongan Islam liberal sehingga mempersoalkan soal ketuhanan demi kepentingan dan kebebasan diri. Dituduh berpegang kepada agama adalah jumud sedangkan mereka tidak sedar bahawa meniru ideologi barat dan pegangan mereka terhadapnya adalah satu perkara yang memalukan dan lebih ketinggalan kerana dalam Islam sudah lama segala ilmu itu dicatatkan di dalam al-Quran, hanya mereka sahaja tidak mengkaji, sebab itu begitu mudah dimanipulasi oleh golongan Barat. Renung-renungkan.
Sumber: al-Bayan – Siri 12 – SS Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri
Comments
Post a Comment