KEMULIAAN BULAN ZULHIJJAH 1444 HIJRAH - KETAHUI KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA DALAM BULAN ZULHIJJAH BUAT UMAT ISLAM


Sudah menjadi kelaziman bagi kita untuk menyambut perayaan Hari raya Aidiladha sekaligus melakukan ibadah korban 10 zulhijjah sehari selepas hari Arafah. Namun, apa yang kita tidak atau jarang sekali sedar akan kelebihan bulan zulhijjah menurut agama Islam. Terdapat pelbagai kelebihan bulan Zulhijjah kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini. Tahukah kita apa kelebihan 10 hari pertama di dalm bulan zulhijjah tersebut? 


1) Pahala yang lebih besar daripada jihad. Mengapa ia lebih baik daripada jihad? Menurut imam Ibnu Hajar, secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. Rasulullah SAW bersabda:


“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.” (HR Bukhari).


2) Hari yang paling baik dalam setahun. 10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun sehinggakan atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Menurut beliau berdasarkan kitab, Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, halaman 287, sepuluh hari awal zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal zulhijjah.


3) Hari yang paling dicintai oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR Imam Al – Thabrani).


Selain itu, para umat Islam yang merayakan perayaan ini dianjurkan untuk amalan sunnah yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW. Antara amalan sunnah tersebut adalah:


1) Tidak memotong kuku, mencukur rambut dan segala jenis bulu ke atas orang yang melakukan korban.


2) Berpuasa pada hari Arafah.



3) Memperbanyakkan doa. Kelebihan bulan Zulhijjah juga terletak pada doa yang diucapkan, terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).


4) Menghidupkan suasana hari raya dengan takbir.



5) Memperbanyakkan zikir.


6) Memperbanyakkan sedekah.



7) Mentadabbur ayat al – Quran.


8) Melakukan ibadah korban bagi yang mampu.



9) Makan daging korban dan berikan sedekah kepada asnaf dan fakir miskin.


10) Larangan berpuasa pada hari – hari tasyrik.



Semoga dengan info yang bermanfaat ini, kita dapat sama-sama memanfaatkan 10 hari terawal zulhijjah ini dengan amalan-amalan yang bermanfaat seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Jadilah umat Islam yang sentiasa mengikuti segala amalan ibadah yang telah diterapkan oleh agama dan juga melaksanakan sunnah – sunnah nabi agar beroleh Rahmat daripada Allah SWT, In Shaa Allah.


Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Comments