MAHUKAN HATI YANG TENANG? LAKUKANLAH AMALAN INI AGAR MEMPEROLEH KETENANGAN DI DALAM DIRI

 

Ramai di antara kita semakin hari semakin mengalami kekusutan di dalam diri dan akhirnya membawa kepada penyakit ‘anxiety’ dan kemurungan. Ini suatu perkara yang amat merbahaya apabila hampir sebilangan besar rakyat Malaysia menghidapi penyakit berkenaan yang boleh membawa kepada kemudaratan diri. Bukanlah suatu hal yang baik apabila manusia menghidapi penyakit anxiety dan kemurungan yang melampau.

Ya, bukan mudah juga untuk mengubatinya. Akan tetapi, bukankah mencegah lebih baik dari merawat? Mempunyai rasa hati tenang dan tidak berserabut merupakan impian kepada setiap insan. Ramai dalam kalangan kita yang selalu rasa ‘berat kepala’ kerana terlampau berfikir dan menyoalkan segala yang terjadi dalam kehidupan. Untuk itu, terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti untuk mendapatkan ketenangan diri:

1) Bangun di awal pagi. Cubalah bangun di awal pagi kerana ini adalah sebahagian daripada petua awet muda dan sihat tubuh badan. 

2) Solat sunat Tahajud. Solat Tahajud adalah ruang eksklusif kita dengan Allah SWT. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Moga Allah tunaikan hajat kita yang sangat banyak. Firman Allah SWT:


“Dan pada sebagian malam, lakukanlah salat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (QS al – Israa: 79).

3) Membaca al – Quran. Amalkan berterusan secara istiqamah walaupun hanya satu halaman al Quran sehari. Sabda Rasulullah SAW:

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya.” (HR Muslim).

4) Membaca surah Yassin setiap kali selepas solat Subuh. Ini kerana terdapat banyak kebaikan dalam membaca al – Quran terutama surah Yassin di awal pagi.

5) Berselawat ke atas Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. In shaa Allah, semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat.


6) Sedekah Subuh. Bersedekah dapat memberi ketenangan hidup kepada si pemberi kerana dengan si penerima sedekah itu akan mendoakan yang terbaik buat kita.

7) Amalkan bacaan surah al – Mulk setiap hari. 


8) Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

9) Sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT. Yakinlah Allah SWT sentiasa mempunyai perancangan yang terbaik buat kita.


10) Sentiasa sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas adalah kunci untuk menghadapi berbagai persoalan kehidupan. Sesungguhnya musibah, kemiskinan, serta penyakit yang datang pada diri kita adalah ujian dari Allah SWT. Barang siapa mampu bersabar dan menerimanya dengan ikhlas, maka Allah akan memberikan ketenteraman di hatinya. 

Jangan jadikan kesulitan dan kesedihan yang kita alami itu sebagai satu kelemahan. Hadapi dengan tenang dan lakukanlah amalan ini. In shaa Allah hati kita akan terus tenang dan hidup kita akan tetap ceria.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Comments